Bersama(2)…..

MEMAHAMI PERSOALAN SIHIR

Menurut ulama, sihir adalah perkara yang dihasilkan dengan cara mendampingi syaitan yang tidak mampu dilakukan manusia. Ibnu Khaldun dalam kitab mukadimahnya mentakrifkan sihir sebagai ilmu mengenai cara melakukan persediaan yang membolehkan jiwa manusia memberi kesan terhadap anasir alam tanpa pedoman atau dengan pedoman sumber langit. Tanpa pedoman itu ialah ilmu sihir dan yang keduanya ilmu mengenai tilsim atau rajah.

Sihir adalah perbuatan yang mengelirukan pancaindera. Menyihirkan bererti membohongi dan membunuh kewarasan. Apabila berasa dua matanya disihirkan, itu tandanya orang berkenaan dikhayalkan dengan perkara yang salah. Perkataan sihir bermaksud menyadur sesuatu dengan helah dan khyalan, iaitu seseorang ahli sihir melakukan beberapa perkara dan pengertian hingga orang yang disihir merasai apa yang dihadapannya berbeza.

  • Menurut golongan Muktazilah, sihir hanya satu pembohongan tidak berasas.
  • Imam as-Syafie pula mengatakan sihir ialah was-was (keraguan) dan satu penyakit. Katanya punca sebenar sihir ialah tilsim yang digunakan untuk menimbulkan kesan cirri bintang.
  • Menurut Imam al-Qurtubi, sihir ada kebenarannya dan reality kerana Allah menjadikan apa saja perkara atau kejadian yang dikehendaki-Nya.

Sewaktu Rasulullah SAW disembuhkan daripada sihir yang menimpanya, baginda bersabda,”Sesungguhnya Allah telah menyembuhkan aku. Penyembuhan hanya berlaku dengancara menarik semula kesakitan dan menghilangkan penyakit”.

Ertinya, sihir adalah benar dan satu kenyataan. Ini keyakinan yang jelas menerusi pemberitahuan Allah dan Rasul-Nya mengenai kewujudan serta kejadian sihir. Pandangan ini dipegang oleh Ahlu al-Halli Wal ‘Aqdi yang menjadi rujukan berlakunya Ijma’ dikalangan umat. Jadi ia tidak diambil kira jika ada perbezaan pendapat oleh Muktazilah dan orang yang tidak sehaluan dengan mereka.

Menurut Farid Wajdi, orang yang berakal tidak meragui kewujudan sihir dalam aspek keberkesanannya. Al-Quran sendiri menyebut perkara ini (al-Baqarah: 102). Hanya syaitan itulah yang kafir (mengerjakan sihir) mereka mengajar sihir kepada manusia.

Golongan Muktazilah dan sebahagian ahli sunnah menolak kewujudan sihir. Kata mereka, ia hanya sebentuk pembohongan, pengkaburan dan penyakit. Mereka menggangapnya sebagai ilmu silap mata saja. Antara dalil mereka ialah firman Allah (al-A’Araf : 116), Maka tatkala mereka melemparkan, mereka menyulap mata orang dan menjadikan orang ramai itu takut. Tegas mereka, mukjizat dan sihir akan bercampur aduk jika mengatakan sihir satu realiti.

Abbu Haiyyan dan al-Razi membahagikan sihir kepada lima, iaitu;

1. Berbentuk mengubah benda dan menciptanya menjadi seperti mukjizat dan karamah pada zahirnya seperti boleh terbang, melalui perjalanan jauh pada satu malam saja dan mengubah sesuatu menjadi emas atau sebaliknya. Bentuk sihir ini pada hakikatnya boleh berlaku menerusi penggunaan jin.

2. Berbentuk penipuan, pengkaburan dan silap mata yang tiada hakikat baginya. Ini pendapat golongan Muktazilah. Antara bentuk sihir ini termasuk pengkhayalan dan silap mata yang biasa dilakukan oleh pemain silap mata.

3. Berbentuk menggunakan perkhimatan jin dan memohon bantuan mereka untuk menggerakkan sesuatu atau memindahkannya. Jin terbahagi kepada dua jenis iaitu jin mukmin dan jin kafir (syaitan). Orang yang meminta bantuan syaitan dan menggunakan khidmatnya adalah ahli sihir (orang kafir). Jin mukmin menolak memberi bantuan kecuali untuk tujuan yang baik sahaja. Orang yang mahu bantuan jin selain tujuan itu tidak akan dilayan, sebaliknya mungkin mereka akan disakiti pula. Biasanya orang yang menggunakan syaitan memang menyembah syaitan dan bukan Allah ataupun mereka telah kufur sejak mula lagi. Inilah yang disyaratkan oleh syaitan kepada mereka sebelum memberi bantuan dan mentaati mereka.

4. Berbentuk susunan benda yang dikumpulkan. Diatas benda tersebut dibakar beberapa jisim, azimat dan nama bintang. Kemudian ia dijadikan peralatan sihir. Peralatan ini disusun merangkumi ungkapan yang bercampur aduk diantara ucapan kufur dan rajah.

5. Dengan cara ahli sihir mendakwa dia mengetahui sebuah nama yang teragung dan jin mengikut perintahnya dalam banyak perkara. Dengan cara itu dia dapat menguasai akal manusia dan melakukan kepada mereka sekehendak hatinya. Dia juga dapat mempengaruhi jiwa yang lemah menerusi sangkaan dan khyalan.

Al-Syaukani dalam tafsirnya menyebut sihir boleh memberi kesan pada hati, iaitu menimbulkan rasa cinta dan benci, mengumpul dan memisahkan serta mendekat dan menjauhkan. Allah berfirman (al-Baqarah : 102). ‘Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudharat dengan sihirnya kepada seorang pun kecuali dengan izin Allah.’

Telah terbukti sihir boleh berkesan dengan sendirinya. Hakikatnya diterima kecuali oleh golongan Muktazilah dan Abu Hanifah.

Sufian meriwayatkan daripada Ammar al-Zahabi bahawa seorang ahli sihir pernah berada disisi al-Walid bin Uqbah lantas menunjukkan kebolehannya berjalan diatas tali, masuk menerusi dubur keldai dan keluar menerusi mulut binatang itu. Jundub lantas menghunus pedang dan membunuhnya. Lantaran itu Jundub digelar sebagai pembunuh ahli sihir.

Rasulullah SAW pernah menyebut mengenainya menerusi sabda: ‘Akan ada dikalangan umatku seorang lelaki yang dipanggil Jundub menghunus pedang dan menetak untuk membezakan diantara kebenaran dan kebatilan.

Al-Bukhari menyebut berita yang diperoleh daripada Abu Uthman an-Nahdi yang mengatakan : ‘ Adalah disisi al-Walid seorang lelaki yang bermain (melakukan sihir) dengan cara menyembelih seorang manusia dan mempamerkan kepalanya. Kami kagum, tiba-tiba datang Jundub al-Azdi terus membunuhnya.

Menurut Ibnu Khudamah, sihir ialah simpulan, jampi dan ungkapan yang diucap atau ditulis ataupun diamalkan. Ia memberi kesan pada tubuh orang yang disihir atau hati ataupun akalnya.

Sihir adalah realiti. Menurut Imam as-Syafie ia boleh membunuh, menyebabkan penyakit, menghalang suami menyetubuhi isterinya, memisahkan suami dan isteri serta menimbulkan rasa benci dan rasa kasih saying salah seorang daripada mereka.

Menurut al-‘Allamah al-Qurtubi,tiada siapa menolak perkara luar biasa menerusi ahli sihir yang diluar kemampuan manusia seperti sakit, pemisahan, menghilangkan akal dan membengkokkan anggota tubuh yang mustahil dapat dilakukan dengan keupayaan biasa. Kata mereka semua perlakuan luar biasa dilakukan sihir bukan perkara aneh. Namun yang menjadikan semua itu bukan sihir. Sihir bukan sebab berlakunya sebagaimana tukang sihir tidak berperanan dengan sendirinya.

Allah yang menjadikan semua perkara tersebut, mentakdirkan dan mewujudkannya ketika sihir itu wujud. Hal ini sama seperti Allah mentakdirkan dan menjadikan kenyang ketika menelan makanan dan hilang dahaga sewaktu meneguk air.

Al-Qurtubi mengatakan lagi bahawa ulama Islam telah sepakat bahawa dalam sihir tiada perkara yang Allah lakukan seperti menurunkan belalang, kutu, katak, pembelahan laut, menukar tongkat menjadi ular, menghidupkan orang mati, menuturkan binatang ternakan dan contoh lain termasuk dalam mukjizat rasul. Perkara sebegini wajib kita yakini bahawa Allah tidak melakukan dan ia tidak terjadi ketika tukang sihir mahukan ia terjadi.

Sesetengah ulama mengatakan harus mempelajari ilmu sihir kerana malaikat mengajarnya kepada manusia seperti disebut al-Quran. Pendapat ini dipegang al-Fakhrurazzi daripada kalangan ulama ahli sunnah.

Sesetengah pengikut Abu Hanifah pula mengatakan tidak kufur jika mempelajari ilmu sihir untuk mengelak daripadanya. Satu kumpulan pula mengatakan seseorang yang mempelajari ilmu sihir hendaklah meminta si pengajar menceritakan bentuk sihirnya. Jika bentuknya boleh menyebabkan kufur seperti akidah penduduk Babylon yang bertaqarub kepada bintang tujuh dan mempercayai bintang itu boleh menunaikan permintaan mereka, jangan belajar kerana boleh menjadi kafir.

Jika bentuk sihir itu tidak menyebabkan kufur tetapi ahli sihir beriktiqad bahawa sihir itu harus, maka dia kafir. Ini pendapat Imam as-Syafie.

Imam Malik, Abu Hanifah dan Ahmad mengatakan semua cara sihir diatas menyebabkan kafir.

Al-Alusi pula mengatakan sihir adalah haram sejajar dengan pandangan yang disebut oleh ulama kecuali ada faktor yang dibenarkan oleh syarak.
————————————————————————————————————————————————————————————

PERBOMOHAN MENURUT ISLAM

Menurut Islam, hukum menggunakan khidmat bomoh atau seumpamanya dalam perubatan tradisional terbahagi kepada dua iaitu harus dan haram.

Keharusan menggunakan khidmat bomoh dalam perubatan tradisional tidak bersifat mutlak. Ia dibatasi dengan syarat tertentu seperti;

  • Perubatan bomoh itu menyebut nama Allah atau salah satu namanya.
  • Menggunakan ayat Al-Quran dan doa yang diamalkan oleh nabi dan rasul.
  • Menyakini bahawa perkara itu tidak dapat memberi kesan secara tersendiri, bahkan adalah dengan ketentuan Allah SWT.

Perubatan bomoh menjadi haram jika;

  • Cara rawatannya itu bertentangan dengan syarak. Misalnya, menggunakan khidmat jin, pemujaan, jampi, mentera dan sebagainya yang tidak mengikut cara rawatan yang diharuskan oleh Islam.
  • Orang yang berubat benar-benar beriktikad bahawa bomoh itulah menyembuhkan pesakitnya tanpa bergantung kepada Allah.

Kesan daripada amalan mempercayai bomoh ini sangat besar. Ia telah menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain. Jika ia terus diamalkan, akan mendatangkan imej buruk kepada Islam dari pandangan agama lain.

Akidah adalah penentu kaitan seseorang dengan Islam, manakala syariah pula sebagai pengukur keteguhan dan kekuatan akidah. Akidah Islam adalah akidah yang bebas daripada sebarang unsur syirik dan khurafat. Syirik adalah pencemaran terhadap akidah, sementara khurafat adalah pencemaran terhadap kewarasan berfikir.

Menggunakan khidmat bomoh yang mengubati dengan cara yang salah seperti menggunakan khidmat jin, jampi mantera dan pemujaan bukanlah jalan penyelesaian yang hakiki bagi semua penyakit dan masaalah yang dihadapi. Usaha untuk menyelesaikan sesuatu masaalah digalakkan oleh Islam. Tetapi, biar bertepatan dengan fitrah kemanusiaan dan selari dengan ajaran Al-Quran dan Sunnah.

Setiap bomoh hendaklah merasakan bahawa setiap sesuatu yang dilakukannya itu kerana takut kepada Allah. Pada masa yang sama, orang yang menerima rawatan daripada bomoh pula harus memastikan rawatannya tidak bercanggah dengan Islam.

JAMPI BOLEH GUNA AYAT AL-QURAN, BAHASA DIFAHAMI

Perbomohan tidak boleh dikaitkan dengan zat Allah SWT dan sifat-Nya atau maksud disebalik kalimah atau nama Allah atau sifat-Nya. Contohnya, mengatakan  ilmu bomoh itu diterima terus daripada Allah atau kudratnya adalah kudrat Allah atau melalui mimpi berjumpa wali, malaikat atau lainnya. Pengamalan bomoh tidak boleh diertikan sebagai maksud yang tersirat daripada diri atau jasad dan roh Rasulullah SAW, malaikat, nabi dan orang soleh seperti Nur Muhammad menjelma ke dalam diri dan sebagainya.

Mengikut Garis Panduan Perbomohan Menurut Islam yang di keluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia;

  • Tidak boleh memuja dan memperhambakan diri kepada sesuatu kuasa atau peribadi yang dipercayai boleh mendatangkan nasib baik atau buruk kepada seseorang. Contohnya seperti wali syeikh, rijalul ghaib, roh datuk nenek, sahabat, hantu, dewa, keramat, kubur, keris, busur, batu, kayu, cincin, kain kuning atau putih.
  • Tidak boleh menggunakan tangkal dan azimat yang mengandungi rajah atau tulisan yang tidak difahami seperti objek tertentu dan bercampur aduk dengan ayat Al-Quran. Jangan menganggapkan tangkal mempunyai kuasa.

Penggunaan Jampi Dibolehkan Dan Digunakan Dengan Syarat;

  • Menggunakan ayat Al-Quran.
  • Menggunakan bahasa yang difahami.
  • Jangan mengiktikadkan bahawa jampi itu yang memberi kesan sehingga si pesakit menjadi sembuh, sebaliknya Allah yang berkuasa.

Mengikut garis panduan itu, tidak boleh mengamalkan bacaan tertentu yang tidak difahami maknanya. Ia dikhuatiri mengandungi kata-kata pemujaan kepada berhala, iblis syaitan atau nama berhala orang kafir serta bercampur aduk dengan Al-Quran. Selain itu, tidak boleh membaca mana-mana ayat Al-Quran secara songsang seperti Qul Huwallah.

Dalam perbomohan Islam, tidak boleh menggunakan Al-Quran secara tidak wajar menurut syarat. Contohnya, menggantung Al-Quran dan tunggu berpusing atau tidak untuk dijadikan alas an tertentu. Jika berpusing begini, dan jika tidak, begini pula maksudnya. Semuanya ini ttermasuk menghina Al-Quran ( Istihza’ ).

Perkara lain yang dilarang adalah;

  • Meninggalkan ibadat wajib yang dituntut Islam seperti sembahyang lima waktu dan puasa Ramadhan ketika melakukan amalan perbomohan.
  • Tidak boleh menggunakan perbuatan ‘menurun’, memanggil roh orang mati atau sebagainya dalam kaedah perbomohan.
  • Perkara lain yang perlu diberi perhatian mengikut garis panduan itu adalah mengenai bayaran perkhidmatan atau pengeras. Sebarang pengeras tidak boleh digunakan dalam perbomohan jika ia dikaitkan dengan untung nasib, buruk atau baik.
  • Bayaran perkhidmatan hanya dibolehkan mengikut kesesuaian perubatan dengan tidak terlampau tinggi hingga boleh memberatkan atau menindas dan tidak membawa maksud tolong menolong.
  • Perbomohan mengikut Islam juga melarang upacara yang mengandungi penyembahan, pemujaan, memohon bantuan atau memperhambakan diri kepada kuasa atau tenaga ghaib seperti mempersembahkan sedulang makanan dan menyembelih ayam.

BERUBAT HANYA KERANA ALLAH SWT

Islam menitikberatkan soal akidah, syariah dan akhlak. Segala amalan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber asal Al-Quran, hadis, ijmak dan qias adalah ditolak. Dalam urusan perubatan kepada pesakit, satu perkara perlu di ingat oleh semua pihak, bahawa hanya Allah berkuasa mutlak menentukan sesuatu dan menjadikannya, lebih-lebih lagi sakit and sembuh adalah haknya. Manusia hanya disuruh berusaha dan berikhtiar.

Islam juga tidak membenarkan umatnya menggunakan sihir kerana Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “ Jauhilah tujuh perkara yang merosakkan”. Sahabat bertanya: “Apakah tujuh perkara itu?”. Baginda menjawab: “ Menyekutukan Allah, sihir, membunuh orang tanpa hak, makan riba, makan harta anak yatim, lari dari medan perang dan menuduh perempuan baik melakukan maksiat terkutuk”. – Hadis riwayat Al-Bukhari, Kitab Sahih Al-Bukhari, Kitabul Hudud, Bab 44 mukasurat 33.

Bagaimana pun umat Islam tidak dilarang untuk menggunakan jampi. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “ Berkat Abu Zubair, aku dengar Jabir Bin Abdullah berkata, seorang lelaki daripada kami telah disengat kala jengking. Ketika itu kami duduk bersama Rasulullah. Maka, berkata seorang lelaki wahai Rasulullah! Bolehkah aku jampi?. Baginda bersabda, “ Barang siapa yang mampu diantara kamu untuk memberi manfaat kepada saudaranya maka hendaklah dilakukan.”- Hadis riwayat muslim- Bab Istihbab Al-Ruqyah min Al-Ain wa An Namlah wal Hummah wal An Naqrah, jilid 9, mukasurat 5905.
————————————————————————————————————————————————————————————

TANDA-TANDA GANGGUAN MAKHLUK HALUS

Tanda-Tanda Ada Gangguan Jin Yang Di Istilahkan Sebagai Keturunan Atau Saka Baka Dalam Sesebuah Keluarga Itu Antaranya :

  • Mandul ( bukan sebab beradat seperti kemalangan yang teruk jatuh yang kuat bersukan ).
  • Sentiasa berlaku keguguran anak dalam kandungan.
  • Anak hilang dalam kandungan bila sampai umur enam bulan keatas.
  • Melahirkan anak yang cacat anggota atau fikiran atau kedua-duanya sekali.

Melahirkan anak yang buruk akhlak walaupun ulama besar kerana ada pada dirinya sifat-sifat seperti dibawah ini:

a.      Lekas marah atau panas baran

b.      Irihati

c.      Cemburu

d.      Jahat sangka

e.     Mimpi yang menyeronokkan yang jarang-jarang menjadi kenyataan

f.       Menjelma masuk kedalam dirinya mengaku wali, nabi atau malaikat dengan menzahirkan beberapa yang mencarik adat sebagai bukti kebenarannya.

Mendatangkan perkara biasa melalui jalan yang luar biasa seperti batu, cincin, duit emas, keris dan sebagainya.Golongan yang tiga ini juga bertindak sebagai KAHIN, ARROF atau MUNAJJIM dengan melayan manusia-manusia yang datang memohon pertolongan daripada mereka dengan segala rupa bentuk ilmu sihir seperti menceraikan manusia yang berkasih sayang, memisahkan anak dengan bapa, mendatangkan berbagai rupa bentuk penyakit yang dihajati disamping perkara-perkara yang baik.

TANDA-TANDA SESEORANG ATAU KELUARGA ITU TERKENA ILMU SIHIR ATAU DISIHIRKAN

  • Suka bergaduh dan lekas naik darah panas sehingga bercerai-berai, pukul memukul dan sebagainya.
  • Hilang ceria diri dan rumah kediaman.
  • Sakit yang berlari-lari atau sakit diantara kulit dan isi yang tidak dapat dikesan oleh doktor pakar melalui kaedah saintifik.
  • Menjelma masuk kedalam badan hingga lupa diri.
  • Mimpi yang menakutkan dan menzahirkan beberapa perkara yang merosakkan serta menakutkan seperti:

a.                  Api menyala dengan sendiri

b.                  Bunyi orang berjalan

c.                  Menangis

d.                 Bau-bauan, bunyi bising dan sebagainya.

Antara sebab-sebabnya ialah:

  • Masaalah perniagaan seperti berkedai, berjaja, kontraktor dan sebagainya.
  • Putus pertunangan.
  • Masaalah pertunangan yang tidak ditunaikan.
  • Rebutan pangkat kedudukkan dalam masyarakat, swasta dan kerajaan.
  • Rebutan harta pusaka.
  • Irihati dengan jiran-jiran sebelah.
  • Cemburu, jahat sangka dan lain-lain yang seumpama.

TANDA-TANDA SAKIT ATAU TERKENA GANGGUAN DARI MAKHLUK HALUS ADALAH MELALUI:

  • Mimpi.
  • Perubahan atau sakit pada tubuh badan.
  • Gangguan dirumah atau dipersekitaran.
  • Mempelajari atau mengamalkan ilmu yang salah atau berunsurkan syirik.
  • Menggunakan makhluk halus untuk menjaga hartabenda, kediaman, diri dan sebagainya.

Al-Quran memperakui tentang adanya jin-jin. Terangkum dalam golongan jin ialah iblis dan syaitan. Begitu juga dengan keterangan hadis-hadis. Malah Al-Quran sendiri menyatakan Allah menjadikan jin itu lebih awal daripada Adam. Pada dasarnya jin-jin ini sukar mengganggu fizikal manusia kerana nature kejadian makhluk ini dengan manusia adalah berbeza. Apa yang sering berlaku ialah gangguan pada roh manusia yang disalurkan melalui mimpi. Kerana itulah maka apabila seseorang itu diganggu oleh makhluk ini ia akan menghadapi masaalah ketika tidur.

GANGGUAN KETIKA TIDUR

1.     Gangguan ketika tidur sering berlaku apabila seseorang itu hendak lena, juga ketika sedang tidur nyenyak.

2.     Mungkin seseorang itu terasa perutnya ditusuk dengan jarum, lembing atau benda tajam yang tidak kelihatan.

3.     Di langgar kenderaan menyebabkan darah kelihatan bertaburan.

4.     Di terkam oleh makhluk yang menakutkan dan sebagainya sebaik-baik sahaja hendak lena.

5.     Sering bermimpi melihat makhluk ganjil, hitam , tinggi lagi menakutkan.

6.     Di kejar dan ditangkap oleh makhluk besar lalu diselamkan dalam air menyebabkan pesakit terasa lemas, tercungap-cungap sukar bernafas.

7.     Mimpi melihat binatang yang menakutkan.

8.     Mimpi berada ditempat asing lagi menggerunkan seperti berjumpa mayat atau berjumpa orang yang meninggal dunia.

9.     Terasa seolah-olah berada di awang-awangan, di tempat tinggi, di gunung ataupun hutan lalu jatuh ke bumi.

Gangguan yang menakutkan dan menyakiti seperti ini datang lagi sebaik-baik sahaja seseorang itu memulakan tidurnya lagi. Pengalaman seperti ini menyebabkan seseorang itu rasa takut dan bimbang hendak menyambung tidur.
————————————————————————————————————————————————————————————

Ilmu Saka Boleh Sakiti Orang Lain Dan Diri Sendiri

Membicarakan tentang SAKA adalah satu perkara sensitif. Sesuatu yang tidak nampak dan tidak mudah untuk diyakini. Masyarakat melayu memahami saka sebagai ilmu yang diperturunkan atau dipusakai daripada waris teratas kepada waris di bawahnya daripada ibu ataupun bapa kepada anak, daripada datuk atau nenek kepada salah seorang daripada cucu atau cicitnya, ataupun ilmu yang dipusakai daripada seorang bapa saudara kepada anak saudara atau kepada seseorang yang berada dalam lingkungan keluarga.

Yang dimaksudkan dengan ‘ilmu yang dipusakai’ itu ialah ilmu yang ada kaitan dengan jin-jin, sama ada jin berkenaan dibela, dibuat sahabat ataupun dibuat saudara, disedari atau tidak disedari. Dengan perantaraan makhluk tadi, waris berkenaan berupaya melakukan rawatan penyakit, menilik dan sebagainya dalam keadaan menurun atau tidak menurun. Hasil daripada penglibatan makhluk ini juga waris adakalanya melibatkan diri dengan ilmu kebatinan mempertahankan diri seperti ilmu amalan wali suci, budi suci dan lain-lainnya atau ilmu kebatinan yang dinamakan amalan Al-Fatihah, silat syeikh, amalan sinar Islam dan sebagainya.

Amalan kebatinan mempertahankan diri ini juga melibatkan ilmu kebal, ilmu penggerun, ataupun amalan yang lebih bersifat peribadi seperti ilmu seri muka, ilmu kebidanan tradisional atau ilmu andaman tradisional. Pemilik saka yang melibatkan ilmu perbomohan ataupun dukun yang diwarisi oleh seseorang akan membolehkan pewaris memiliki kebolehan untuk melakukan rawatan dan sebagainya yang berkaitan dengan ilmu kebatinan seperti yang pernah dilakukan oleh pewaris tadi, berupaya melakukan rawatan dalam keadaan menurun biarpun dia tidak pernah mempelajari ilmu kebatinan yang khusus.

Dari sinilah lahirnya orang yang tidak sedarkan diri atau separuh tidak sedarkan diri, menurun lalu melakukan rawatan, berupaya menilik sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar dan sebagainya. Hal demikian berlaku kerana makhluk tadi meresap dalam tubuh orang berkenaan, menguasai otak, jasad, lidah dan pergerakkan lalu menggunakan jasad manusia untuk bertindak.

Keadaan seperti ini dikenali sebagai ‘menurun’ dimana makhluk halus tadi telah menurun atau meresap dalam tubuh manusia lalu bertindak melakukan sesuatu menurut tujuan asal makhluk ini meresap dalam tubuh manusia. Pelbagai natijah luar biasa (nadir) mencarik kebiasaan adat dan tidak dapat difikiri oleh akal punca dan sebab musabab berlaku seperti yang dijelaskan. Iaitu boleh melakukan rawatan, menilik benda-benda ghaib, menjadi kebal, digeruni, mengangkat benda-benda berat dan sebagainya yang tidak upaya dilakukan oleh manusia biasa.

Makhluk yang berdampingan itu dalam proses masa tertentu menjadi sebahagian daripada dampingan manusia menyebabkan orang yang seumpama ini berupaya melakukan sesuatu yang tidak upaya dilakukan oleh manusia biasa. Jin atau makhluk halus yang dibela oleh manusia, pada kebiasaannya memerlukan manusia yang biasanya terdiri daripada kaum keluarga atau terus berdampingan dengan manusia setelah tuan yang asal tadi meninggal dunia. Makhluk yang seperti inilah yang dinamakan SAKA yang diperturunkan dari satu generasi kepada generasi berikutnya.

Penurunan saka boleh berlaku dengan sengaja atau tidak sengaja. Dilakukan dengan sengaja apabila seseorang itu secara berterangan menyatakan pada waris tertentu seperti anaknya yang dia adalah orang yang paling sesuai atau berkelayakkan mewarisi ilmu pemiliknya yang dimiliki selama ini. Apabila orang yang berkenaan menyatakan kesanggupannya menerima, maka bermula dari tarikh itu dia telah mewarisi saka tadi.

Penurunan saka juga boleh berlaku secara tidak langsung apabila seseorang waris itu menerima barang-barang tertentu, yang pada kebiasaannya terdiri daripda keris, lembing ataupun tombak atau objek lain seperti tangkal, azimat, batu geliga, akik dan sebagainya.

Penting

Objek-objek tersebut pada zahirnya merupakan benda yang dapat dipegang dan dirasa dengan tenaga atau dilihat oleh pancaindera. Objek tersebut hakikatnya adalah merupakan lambang, dimana disebalik lembing atau batu geliga atau lain-lain objek tadi terdapat jin atau jin-jin berserta dengannya. Penurunan kaedah kedua ini biasanya berlaku setelah pewaris meninggal dunia dimana barang-barang tadi menjadi barang peninggalannya si mati (pewaris).

Objek-objek ini terutamanya keris pada kebiasaannya dilangiri dengan air limau nipis pada malam-malam tertentu seperti malam Jumaat, sebulan sekali atau di malam Jumaat awal Muharram setiap tahun ketika bulan penuh dan dipersapkan dengan kemenyan.

Limau nipis merupakan satu bahan penting yang sering digunakan dalam pelbagai upacara amalan kebatinan termasuk perubatan melayu tradisional untuk memutus ubat, mandi perajan, mandi membuang sial badan dan sebagainya. Kaedah atau upacara melangiri senjata mungkin diketahui melalui pengajaran oleh pewaris ataupun melalui mimpi.

Apabila seseorang itu menerima saka tadi, tidak kira samaada pada asalnya pewaris itu redha atau tidak lalu akhirnya tunduk menerima dan melakukan upacara atau syarat-syrat yang diajar secara langsung atau tidak langsung termasuk ketika mimpi, makhluk tadi akan semakin rapat dengan ‘tuan’ barunya yang boleh ‘diperintahkan’ melakukan sesuatu. Iaitu untuk tujuan rawatan seperti yang dijelaskan. Untuk membinasakan lawan atau orang lain dengan permintaan pelanggan yang datang menemuinya.

Dari sinilah lahirnya pelbagai jenis amalan kebatinan seperti ilmu pengasih, ilmu penunduk, ilmu seri muka, ilmu pemisah iaitu untuk memisahkan antara suami isteri, ilmu pelalau iaitu ilmu menyebabkan seseorang itu tidak kira lelaki atau perempuan tidak mendapat jodoh atau premis perniagaan yang tidak didatangi oleh pelanggan.

Termasuk dalam ilmu kebatinan ini ialah khidmat daripada pemilik saka yang boleh digunakan untuk menyakiti seseorang yang boleh menyebabkan seseorang itu tidak normal atau bertindak seperti orang yang tidak waras, santau dan sebagainya. Semua amalan ini termasuk dalam kategori ilmu sihir iaitu tindak tanduk manusia yang melibatkan jin-jin atau yang dikenali sebagai makhluk-makhluk halus. Perlu dijelaskan bahawa amalan sihir adalah salah satu perbuatan dosa besar yang membinasakan.

Ilmu Yang Diwarisi Melalui Saka Ada Dua Jenis

Jenis Pertama

Adalah seperti yang dijelaskan diatas yang ada kalanya boleh digunakan untuk sesuatu yang dianggap boleh memberi manfaat seperti untuk tujuan rawatan, ilmu pengasih, digunakan untuk mencari barang hilang dan sebagainya. Selain mencari barang hilang saka juga boleh digunakan untuk mencuri barang kepunyaan orang lain seperti mencuri wang, barang kemas, pakaian termasuk seluar dalam dan baju dalam. Terlalu banyak hadis membicarakan tentang keupayaan jin-jin yang mencuri bahan makanan iaitu kurma dizaman Nabi s.a.w.

Selain boleh ‘digunakan’ untuk tujuan yang dijelaskan tadi, makhluk ini juga sering menyakiti orang lain, jiran-jiran termasuk kaum keluarga tuan saka tadi malah dalam keadaan tertentu makhluk ini boleh menyesatkan iman si empunya diri yang dianggap sebagai tuan tadi akan menyerang tuannya terutama ketika telah uzur,sakit atau ketika tua.

Orang Melayu yang memahami hal-hal yang berkaitan dengan saka ini sering beranggapan bahawa makhluk ini seumpama tidak terkawal apabila tuannya meninggal dunia dan tidak ada dikalangan keluarga yang sedia untuk mengambil alih peranan yang dimainkan oleh pewaris selama ini. Keadaan akan menjadi redha apabila salah seorang daripada waris sudi menjadi tuan kepada makhl;uk ini.

Anggapan ini ada kebenarannya tetapi pada hakikatnya biarpun makhluk ini mempunyai tuan baru ia tetap menjadi masaalah kepada manusia terutama kepada keluarga yang terlibat kerana antara tujuan utama iblis dan syaitan itu ialah untuk menyesatkan manusia seberapa banyak yang boleh agar mereka dapat masuk keneraka bersamanya.

Jenis Kedua

Saka ataupun penyakit yang diwarisi daripada seorang pewaris kepada seorang atau beberapa orang waris akibat daripada gangguan atau serangan iblis dan syaitan yang berlaku turun temurun. Bermaksud sekiranya seorang pewaris itu sakit, sakit yang sama akan dideritai oleh wrisnya.

Pada kebiasaannya sakit yang berpunca daripada saka tidak kira samada saka jenis pertama atau kedua adalah sama. Senagai contoh sekiranya seseorang itu tidak boleh tidur malam, selalu termenung, berasa sakit kepala seperti dibaji-baji lalu dia menghantuk-hantukan kepala maka keadaan yang sama akan dialami oleh keturunannya atau mereka yang diserang oleh saka tadi yang terdiri daripada kaum keluarganya.

Tidak mudah untuk memberi penjelasan bahawa seseorang itu sakit akibat saka. Umumnya apabila sesuatu masaalah atau sakit itu dirujuk kepada mereka yang terlibat dengan amalan kebatinan, maka selalunya dikatakan bahawa penyakit tersebut dirujuk sebagai kena buatan orang, kena sihir, gangguan, saka dan sebagainya.

Hakikatnya masaalah penyakit perlu dirujuk kepada pakar kerana punca penyakit itu adalah pelbagai akibat kecederaan seperti luka,patah, keracunan, stress, depress dan sebagainya akibat gangguan ataupun sihir.

Segala punca gangguan ini sukar diakui oleh pengamal perubatan moden tetapi kesemua faktor yang dijelaskan berlaku kepada mangsa.

Roh Kuat Elak Gangguan Saka

Gangguan iblis dan syaitan merangkumi iktikad atau kepercayaan yang boleh menyebabkan seseorang itu sesat; kufur, syirik atau murtad. Selain daripada itu iblis dan syaitan juga mengganggu otak manusia menyebabkan seseorang mangsa itu berhadapan dengan masaalah yang berkaitan dengan otak, pada hati menyebabkan timbulnya rasa was-was, tidak percaya pada tuhan, pada agama yang dianuti dan sebagainya. Iblis juga menganggu jasad manusia menyebabkan seseorang itu berasa sakit pada bahagian jasad yang berkenaan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam tubuh anak Adam menurut perjalanan darah.

Gangguan Fizikal Yang Dituruti Dengan Gangguan Iblis Dan Syaitan

Orang yang lemah tubuhnya akibat kecederaan fizikal, disertai dengan roh yang lemah lebih mudah diganggu oleh iblis dan syaitan berbanding dengan mereka yang tidak menghadapi masaalah fizikal. Orang yang berhadapan dengan masaalah stress berpanjangan, lebih mudah diserang histeria berbanding dengan mereka yang hidup tenang, suasana yang menggalakkan dan berupaya meraih ketenangan hidup.

Gangguan iblis dan syaitan ke atas manusia adalah sesuatu yang benar. Ia boleh berlaku yang melibatkan bahagian otak, hati, jasad. Seperti manusia, apabila kehidupan makhluk ghaib itu diganggu oleh manusia, biarpun perbuatan tersebut dilakukan diluar pengetahuan, makhluk ini akan bertindakbalas. Gangguan boleh berlaku samaada ketika berada dihutan, ditempat sunyi jauh daripada manusia, dikubur-kubur dan sebagainya. Tanpa kesalahan atau kesilapan manusia makhluk  ini juga sering mengganggu manusia kerana dikalangan makhluk ini memang terkenal dengan kejahatannya. Inilah yang dinamakan ‘GANGGUAN’.

Apabila kegiatan manusia itu disokong atau disertai oleh jin-jin yang terdiri daripada syaitan atau sebagainya, samaada makhluk tersebut dibela atau dibuat sahabat, maka ketika itu orang yang berkenaan telah melakukan perbuatan yang dinamakan ‘sihir’. Orang yang melakukannya dinamakan ‘tukang sihir’. Sihir tidak boleh berlaku kecuali dengan adanya penglibatan jin-jin seperti yang dijelaskan.

Meresap

Dengan ilmu kebatinan yang dipelajari dengan sengaja atau tidak disengajakan, orang yang seperti ini berupaya menyeru jin atau jin-jin tersebut meresap masuk dalam tubuhnya. Ketika itu jasad manusia berkenaan akan menjadi seumpama sarung semata-mata. Kegiatan berikutnya yang dilakukan oleh makhluk iaitu jin yang meresap dalam tubuh tadi.

Ketika inilah orang yang berkenaan boleh melakukan kegiatan tertentu bergantung kepada keadaan. Ia boleh melakukan rawatan yang dikenali sebagai rawatan tradisional dimana kegiatan tersebut ada kalanya melibatkan amalan menurun, menilik, mengurut dan sebagainya. Penglibatan makhluk ini dalam tubuh membolehkan seseorang itu melakukan pergerakkan silat biarpun dia tidak pernah mempelajari pergerakkan fizikal ilmu persilatan sebelum itu, menjadi kebal dan sebagainya.

Selain daripada itu, makhluk ini juga boleh digunakan untuk menyakiti atau menyihir orang lain. Menyebabkan lahirnya ilmu penunduk, ilmu penggerun, ilmu pemanis muka dan sebagainya. Perlu diperjelaskan bahawa kegiatan yang dijelaskan diatas ini tidak akan berlaku tanpa adanya penglibatan jin atau jin-jin yang meresap dalam tubuh manusia.

Apabila Orang Yang Memiliki Ilmu Meninggal Dunia

Apabila orang yang berkenaan meninggal dunia, saka tersebut diwarisi oleh seorang atau beberapa orang waris tertentu. Kesan daripadanya mangsa akan menghadapi masaalah yang hampir sama dengan masaalah yang ditanggung oleh pewaris asal. Makhluk yang terlibat dengan kegiatan individu berkenaan perlu berdamping atau ‘dibela’ oleh orang lain, semata-mata untuk menyesatkan manusia yang biasanya terdiri daripada saudara mara. Dari sinilah lahirnya istilah SAKA, iaitu makhluk jin yang berdampingan dengan waris terkeatas itu diturunkan atau dipusakai oleh waris terkebawah, dimana penurunan ini selalunya berlaku dikalangan waris yang rapat.

Penurunan Saka

Penurunan saka ini boleh berlaku dalam dua keadaan;

Berlaku secara terus : Orang yang mempunyai saka itu  dengan terang-terangan memberitahu yang dia menurunkan ilmunya kepada orang tertentu. Waris yang terlibat kebanyakkannya tidak menyedari bahawa apa yang diturunkan atau yang dipusakai itu adalah terdiri daripada jin-jin atau hantu-hantu. Mereka beranggapan bahawa mereka adalah istimewa berbanding dengan waris-waris lain kerana mewarisi ilmu kebatinan.

Berlaku menurut kehendak : Penurunan ini berlaku menurut kehendak jin itu sendiri, lebih-lebih lagi sekiranya pewaris itu telah meninggal dunia.

Biar dalam keadaan apa sekali pun, masaalah yang berkaitan dengan saka adalah sesuatu yang tidak mustahil berlaku. Ia melibatkan jin-jin, membolehkan seseorang itu melakukan sesuatu yang luarbiasa seperti yang diterangkan. Dan apabila seseorang itu menerima saka, ia akan mempunyai kebolehan untuk melakukan sesuatu seperti yang dilakukan oleh orang yang mempunyai saka yang asal.

Satu jenis saka yang lain ialah saka yang merupakan penyakit atau gangguan daripada jin-jin tidak melibatkan rawatan. Orang yang terlibat apabila diganggu saka adakalanya fungsi otaknya menjadi tidak normal, berjalan ditengah malam tanpa dapat mengawal diri, duduk termenung sendirian, marah tidak menentu, mengamuk dan sebagainya termasuk menghantuk-hantukkan kepala kedinding.

Manusia mudah terdedah kepada masaalah termasuk penyakit kerana manusia itu tidak mempunyai ketahanan diri yang ampuh yang dikenali sebagai ‘body resistance’. Orang yang seumpama ini mudah dijangkiti kuman batuk, selsema, sakit kulit dan sebagainya berbanding dengan orang yang mempunyai ketahanan diri yang kuat.

Begitu juga dengan kekuatan roh, yang berupaya menolak pelbagai masaalah kebatinan atau kerohanian termasuk apa yang dikenali sebagai ‘saka’. Kerana itu untuk memperlengkapkan diri daripada diganggu oleh saka iaitu jin-jin tadi, kita perlu mempunyai roh yang kuat. Roh yang kuat perlu pemahaman agama, dimana ia akhirnya diterjemahkan melalui amalan atau ibadah. Hanya dengan ilmu sahaja seseorang itu menaruh keyakinan terhadap Allah SWT dan rasa ikhlas ketika melakukan amalan-amalan tersebut. Itulah yang dikenali sebagai sebagai amalan bertakarub iaitu memperhambakan diri kepada Allah SWT lalu akhirnya seseorang itu mendapat kurnia kasih Allah SWT. Apabila ini berlaku, orang yang berkenaan akan memperolehi kekuatan zahir dan batin. Ketika ini apabila dia bermohon, Allah SWT akan memperkenankannya dan ketika memohon perlindungan, Allah SWT akan melindunginya. Demikianlah janji-janji Allah SWT terhadap hamba kekasihnya.

Amalan-amalan ini melibatkan ibadah pada waktu malam, dimulai dengan sembahyang taubat, kemudian beristighfar, sembahyang tahajud, sembahyang tasbih, berzikir, selawat dan diakhiri dengan sembahyang hajat. Semoga Allah SWT memberi hidayah kepada kita juga kepada mereka yang menghadapi masaalah yang serupa.

————————————————————————————————————————————————————————————

MASUKNYA JIN KEDALAM TUBUH MANUSIA

Jin boleh merasuk dan masuk ke dalam diri manusia dengan berbagai-bagai cara dan manusia yang mengunakan khidmat Jin untuk melakukan pengkhianatan kepada manusia lain pun melalui berbagai cara.

Sebagaimana sebuah Hadis Rasulullah s.a.w yang telah diriwayatkan oleh Sayidah Syafiyyah binti Huyay , bahawa Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya :

” Sesungguhnya Syaitan ( Jin ) itu berjalan dalam tubuh anak Adam sebagaimana darah yang mengalir dalam tubuhnya “.

Dari Hadis di atas jelaslah bahawa Jin dapat masuk kedalam tubuh badan manusia dan terus sampai ke urat nadi dan darah manusia. Jin dapat berjalan dalam tubuh manusia seperti arus eletrik mengalir dalam kabel penyalurnya. Jin juga dapat menguasai manusia sehingga ia dapat menimbulkan perkelahian sesama manusia, manusia kehilangan ingatan, hilang daya kemahuan dan kesedaran dan lain-lain lagi.

Jin boleh memasuki badan manusia samada di pinta sendiri oleh manusia atau tanpa di sedari oleh manusia itu sendiri. Jin mendampingi dan memasuki manusia melalui salah satu cara yang berikut.

ANTARANYA :

Melalui Khadam atau manusia itu sendiri menjadikan Jin sebagai  sahabatnya.

Melalui ” saka Baka “

Melalui Sihir yang di lakukan oleh manusia lain ke atasnya.

Kerana manusia itu sendiri lalai dari mengingati Allah atau melakukan perkara-perkara yang di larang oleh Allah, bererti mendekatkan diri untuk di kuasai oleh Jin dan Iffrit.

Melakukan kejahatan terhadap Jin tertentu seperti menjatuhkan sesuatu benda berat di sesuatu tempat yang ada Jin, tanpa menyebut nama Allah sehingga menyebabkan kematian anak Jin.

Kerana adanya Jin lelaki yang jatuh cinta kepada seorang perempuan yang suka bersolek atau wanita-wanita yang suka keluar rumah untuk memperlihatkan kecantikkannya dan tidak memakai tudung serta suka mendedahkan aurat.

Melalui pengamalan jampi serapah, doa dan ayat-ayat tertentu yang boleh mendatangkan Jin.

Apabila telah memasuki badan manusia, walau dengan apa cara sekali pun Jin tersebut akan mendiami salah satu tempat berikut di anggota tubuh badan manusia. ( walaupun mereka bebas bergerak-gerak dalam badan manusia )

ANTARA TEMPAT-TEMPAT TERSEBUT IALAH :

Mereka berkumpul di mata kanan dan kiri. Sebab itulah jika seseorang itu membela atau telah dimasuki Jin dalam badan mereka, mereka tidak berani bertentang mata dengan orang lain.

Berada di telinga kanan dan kiri, dengan itu manusia yang telah terasuk Jin tidak suka mendengar nasihat dan teguran yang baik serta amat suka mendengar perkara-perkara maksiat seperti muzik yang melalaikan dan sebagainya.

Berada di mulut manusia, dengan itu manusia yang telah di masuki Jin amat suka bercakap benda-benda yang tidak berfaedah dan mendatangkan dosa seperti mengumpat, melaga-lagakan manusia lain dan sebagainya.

Berada di hidung manusia, menyebabkan manusia suka menghidu benda-benda yang tidak elok dan boleh merosakkan diri manusia sendiri.

Berada di ari-ari ( pusat ), menyebabkan orang tersebut sentiasa mengalami sakit dalam perut dan pelbagai penyakit yang tidak boleh di kesan oleh doktor.

Berada di kemaluan manusia, menyebabkan manusia suka melakukan perkara-perkara maksiat seperti berzina dan sebagainya.

Manusia yang selamat dari ganguaan Jin , Iblis dan  Syaitan adalah manusia yang sentiasa berada dalam Tauhid ( mengesakan ) Allah, melalui lidah, anggota dan hati, mereka juga berakhlak dengan akhlak Rasulullah serta beramal dengan syariat Islam.

Jalan paling dekat untuk berada dalam tauhid Allah ialah dengan kita mengambil contoh perbuatan dan kelakuan mereka yang setiap waktu dan masa berada dalam tauhid Allah, seperti Nabi Muhammad, sahabat-sahabat baginda, para ulama dan sebagainya.

Dengan itu Insyaalah akan menyampaikan diri kita zahir dan batin berada dalam tauhid Allah di semua tempat, waktu dan masa melalui anggota, lidah dan hati sebagaimana mereka, iaitu selamat daripada gangguan para Jin, Iblis dan Syaitan atau seumpamanya.

KATA ULAMA :

” Kun Ma’Allah fain lam takun ma’Allah, fakun Ma’a man ma’Allah fainnahu yusiluka illallaah “

Maksudnya :
” Hendaklah jadikan diri kamu bersama Allah, maka jika kamu tidak boleh jadikan diri kamu bersama Allah hendaklah kamu jadikan diri kamu bersama dengan mereka yang telah beserta dengan Allah, maka sesungguhnya yang demikian itu akan menyampaikan diri kamu kepada Allah “

Diri manusia mukmin yang menjadi kekasih Allah itu adalah seumpama kalbu Alam atau jantung alam atau pusat alam yang dikurniakan oleh Allah daya atau kuasa graviti mengikut darjah ketinggian imam, ilmu dan amalan mereka di sisi Allah. Diri-diri yang lain hanyalah di bawah atau di dalam kuasa atau graviti mereka.

WANITA MANDUL AKIBAT GANGGUAN JIN

Kemandulan itu terbahagi kepada dua iaitu kemandulan yang berlaku secara tabii yang boleh diorawat oleh para doktor, sebagaimana lazimnya dan kemandulan yang berlaku akibat gangguan jin yang boleh dirawat menggunakan ayat-ayat Al-Quran, doa-doa dan zikir.

Kemandulan Yang Berlaku Akibat Gangguan Jin Mempunyai Tanda-Tanda Tertentu, Antaranya;

Rasa sesak dada terutamanya selepas waktu asar, yang mungkin berlarutan hingga tengah malam.

Kusut fikiran.

Sakit dibahagian tulang-tulang belakang.

Mengigau ketika tidur.

Bermimpi dengan mimpi yang menakutkan.

Kemandulan yang berlaku pada kaum wanita dimana jin itu akan tinggal dalam rahim dan merosakkan benih menyebabkan benih-benih itu rosak dan tidak subur ataupun ia dibiarkan subur dan sempurna tetapi diganggu selepas beberapa bulan hamil menyebabkan turun darah, lalu keguguran. Keguguran yang berlaku berulangkali boleh terjadi akibat daripada gangguan seperti ini.

Dalam hadis Safiyah Binti Huyay bahawa Rasulullah bersabda :

‘ Sesunggguhnya syaitan itu berjalan dalam tubuh anak Adam melalui pembuluh darah’. – Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.

Satu hadis riwayat oleh Abu Daud, Imam Ahmad dan At-Tarmizi yang menyatakan tentang seorang perempuan bernama Hamnah Binti Jahah yang mengadu meminta petua kepada Rasulullah kerana mengalami masaalah turun haid yang begitu lama. Baginda menyuruhnya agar menggunakan kapas. Hamnah menjawab mengatakan yang dia telah berbuat demikian. Baginda menyuruhnya agar menggunakan kain yang agak tebal. Apa yang disuruh oleh baginda juga telah dilakukan oleh nya.

Akhirnya baginda bersabda : ‘Bahawa darah istihadah itu adalah sepakan daripada sepakan-sepakan syaitan ‘. – Riwayat At-Tarmizi.

Perempuan yang menghadapi masaalah keluar darah akibat gangguan yang boleh menyebabkan mandul hendaklah dirawat menggunakan doa-doa berkaitan dengan sihir disamping berusaha mendapatkan nasihat daripada doktor pakar.

Ada Dua Punca Utama Terjadinya Masaalah Yang Dihadapi Oleh Kaum Wanita Yang Terlibat Selain Daripada Sebab-Sebab Fizikal:

Akibat sihir

Kecenderungan jin ketika memandang perempuan yang berkenaan.

Jin-jin suka mendatangi perempuan yang suka bersolek berlebih-lebihan, yang tidak menjaga sembahyangnya, tidak membaca Al-Quran tetapi gemar mendengar nyanyian ataupun muzik keterlaluan, suka membuka aurat, juga gemar duduk bersolek dihadapan cermin.

Mereka tidak menyedari bahawa perbuatan seperti ini menjadi tarikan jin-jin. Mereka masuk dalam bilik air, lalu menyanyi dan mandi dalam keadaan telanjang, padahal bilik air adalah di antara tempat kegemaran jin-jin jantan dan betina menyebabkan salah satu daripada makhluk-makhluk tadi tertarik pada jasadnya lalu ia meresap dalam tubuh dan mengganggunya.

CARA MENGUSIR GANGGUAN JIN

Cara yang digunakan oleh Rasulullah SAW untuk mengusir gangguan Jin

  • Melaknat Iblis dengan Laknat Allah SWT.
  • Ditepuk punggungnya dan berdoa yang ertinya ” Keluarlah kau wahai musuh Allah dan Aku Melaknat-mu dengan Laknat Allah”
  • Membaca Ayat2 Ruqyah :
    Al-Fatihah, Al-Baqarah 1-4, Al-Baqarah 163-164, Al-Imran 18,
    Al-Hasyr 1-3,Ash-Shaffat 1-10, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas.

Cara selepas Zaman Rasullulah SAW

Zaman Imam Ahmad:
Membaca Al-Fatihah, Al-Hasyr 1-3, Ash-Shaffat 1-10, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas. Dituliskan, dicelupkan serta diminumkan airnya.

Membacakan Ruqyah pada orang yg terkena gangguan jin.

Hal dalam menangani gangguan Jin.

Langkah-langkah Pencegahan Mengikuti Perintah dan Menjauhi larangan Allah SWT serta mengikuti Sunnah Rasulullah SAW.

Contoh :
– Solat Berjamaah 5 waktu di masjid & Solat Sunnat
– Tilawah Qur’an
– Ta’alim
– dsb

Langkah-langkah Bertahan/Defensif

Berdo’a:

Contoh: Al-Mu’minun 97-98
“Ya Tuhanku aku berlindung kepada Engkau dari bisikan-bisikan syaitan. Dan aku berlindung (pula) kepada Engkau ya Tuhanku, dari kedatangan mereka kepadaku.”
Rasulullah SAW membaca do’a diatas pada saat hendak solat, selesai solat dan hendak tidur

Membaca do’a Al-ma’tsurat Rasulullah pagi dan petang.

Langkah-langkah Melawan Gangguan/Offensif

Surat Fathir: 6
” Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh (mu), kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala.”

Tanamkan sikap permusuhan & rasa benci dengan Syaitan.

  • Laknat Syaitan tersebut dengan Laknat Allah.
  • Mencari penyebab gangguan Jin pada tubuh manusia

Renungan Rohani Antara Peranan Jahat Syaitan

Mengikut kajian ulama, syaitan adalah jenis jin yang jahat perangainya. Syaitan berasal daripada api dan tabiatnya menyesatkan manusia. Oleh itu ia wujud di mana saja manusia berada. Ia mempunyai kebolehan menyerupai sesuatu di alam nyata, memperalatkan tubuh manusia, malah boleh hidup dalam badan orang yang disukainya.

Selain mendatangkan punca penyakit, pengsan dan gila, jin juga kadangkala mencuri atau dipakai untuk mencuri barangan orang.

Dalam ajaran Islam kita dapat mengesan bahawa malaikat, jin dan syaitan mempunyai jalan untuk mempengaruhi manusia supaya melakukan kebaikan atau sebaliknya.

Mengikut sebuah hadis Turmizi, “Malaikat menggunakan jalan itu untuk meniupkan ilham yang baik maka syaitan pula menyampaikan bisikan jahat dan mendustakan Allah…”

Orang yang bersih jiwanya dapat mendengar suara ilham yang disampaikan oleh pelawat di hadrat hati. Oleh itu, orang berkenaan berasa lapang dada dan terdorong untuk beramal. Malah ilham sendiri menjadi faktor penting jiwanya berasa gembira. Orang yang kotor jiwanya didatangi oleh jin atau syaitan. Malah mengikut surah al-Zukhruf ayat 36, Allah menyediakan satu syaitan secara tetap dalam hati yang kosong daripada zikir.

Syaitan itu menjadi sahabat karibnya. Surah Fussilat ayat 25 menghuraikan kerja syaitan berkenaan iaitu membisikkan kata-kata manis dan menghayalkan.

Sesungguhnya hasutan syaitan, jin atau roh jahat ke atas fizikal dan rohaniah manusia jelas sekali. Hasutan itu masuk ke dalam diri mereka menerusi pelbagai jalan. Antara yang paling dahsyat dan ganas ialah dengan renungan rohani ketika oarng yang berniat buruk mengamalkan jampi mentera atau sihir untuk tujuan tertentu terutamanya untuk merosakkan orang yang dibencinya.

Inilah antara rahsia ( dan Allah Maha Mengetahui ) mengapa syirik disifatkan sebagai dosa besar oleh Allah. Kerja seperti ini merosakkan kedua-dua pihak. Pengamal sihir rosak imannya, manakala mangsanya pula rosak iman, anggota dan mentalnya.

JIN
Makna Jin: Jin adalah satu nama jenis dan dalam bahasa Inggeris di sebut Ginie – perkataan tunggalnya ” Jinny ” yang bermaksud yang tersembunyi, yang tertutup atau yang gelap pekat.

Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menceritakan tentang Jin. Antaranya :-

Surah Al-Hijr ayat 26 – 27 :Yang bermaksud : Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari tanah liat yang kering kontang yang berasal dari lumpur hitam yang di beri bentuk dan Kami telah ciptakan Jin sebelum di ciptakan manusia daripada api yang sangat panas.

Surah Ar-Rahman ayat 15 :Yang bermaksud : Dia ( Allah ) menciptakan Jann ( Jin ) dari nyalaan api ( Pucuk api yang menyala-nyala atau Maarij )

Surah Al-‘Araf ayat 12 :Yang bermaksud : ” Engkau ciptakan aku ( kata Iblis ) dari api sedangkan ciptakan dia ( Adam ) dari tanah.

Dari Hadis Nabi s.a.w yang telah diriwayatkan oleh Muslim r.a: Maksudnya : ” Malaikat diciptakan dari cahaya, Jaan diciptakan dari lidah api sedangkan Adam diciptakan dari sesuatu yang telah disebutkan kepada kamu ( tanah).

ASAL KEJADIAN JIN

Keterangan “Al-Maarij “

Maarij bermaksud nyalaan api yang sangat kuat dan sangat panas bahangnya atau ” Al-Lahab ” iaitu jilatan api yang sudah bercampur antara satu sama lain iaitu merah, hitam, kuning dan biru. Sesetengah ulama pula mengatakan ” Al-Maarij ” itu ialah api yang sangat terang yang memiliki suhu yang amat tinggi sehingga bercampur antara merah, hitam, kuning dan biru.

Sesetengah pendapat pula mengatakan Al-Maarij itu ialah api yang bercampur warnanya dan sama maknanya dengan ” As-Samuun ” iaitu api yang tidak berasap tetapi sangat tinggi suhu panasnya. Angin samuun yang telah sebati dengan Al-Maarij itulah Allah jadikan Jaan.

Menurut suatu Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud pula menyatakan bahawa angin Samuun yang dijadikan Jaan itu hanyalah satu bahagian daripada tujuh puluh bahagian angin Samuun yang sangat panas itu.

Dari api yang amat panas inilah Allah telah menciptakan Jin, iaitu dari sel atau atom atau daripada nukleas-nukleas api. Kemudian Allah masukkan roh atau nyawa padanya, maka jadilah ia hidup seperti yang dikehendaki oleh Allah. Jin juga di beri izin oleh Allah menzahirkan berbagai-bagai bentuk dan rupa yang disukai dan dikehendakinya kecuali rupa Rasulullah s.a.w mengikut tahap dan kemampuan masing-masing.

Jin juga diperintahkan oleh Allah menerima syariat Islam sepertimana yang diperintahkan oleh Allah kepada manusia. Rupa bentuk Jin yang asal selepas di cipta dan ditiupkan roh itu, hanya Allah dan Rasulnya sahaja yang mengetahuinya. Menurut sesetengah ulama rupa, tabiat, kelakuan dan perangai Jin adalah 90 peratus mirip kepada manusia.

Asal kejadian manusia ialah campuran daripada Jisim Kathif iaitu tanah dan air, Jisim Syafaf iaitu campuran api dan angin dan Nurani, iaitu roh, akal, nafsu dan hati yang dinamakan “Latifatur-Rabbaniah ” sesuai dengan manusia sebagai sebaik-baik kejadian yang diciptakan Allah dan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Manakala kejadian Jin pula ialah campuran Jisim Syafaf iaitu campuran api dan angin dan Nurani iaitu roh, akal, nafsu dan hati yang sesuai dan sepadan dengan kejadian Jin.

Manakala mahkluk-makluk lain pula Allah jadikan daripada salah satu unsur tersebut, contohnya, binatang yang dijadikan daripada campuran Jisim Ksayif dan Jisim Syafaf sahaja. Batu dan tumbuh-tumbuhan pula dijadikan daripada Jisim Kasyif semata-mata. Manakala Malaikat pula dijadikan daripada Nurani semata-mata.

CARA PEMBIAKAN JIN

Manusia memerlukan masa mengandung selama sembilan bulan untuk melahirkan zuriat dan anak manusia juga memerlukan masa yang lama untuk matang dan menjadi baligh.

Berbeza dengan Jin di mana, apabila di sentuh alat kelamin lelaki dengan alat kelamin perempuan, maka Jin perempuan akan terus mengandung dan beranak dan anak Jin yang baru lahir itu terus mukallaf. Begitulah keadaanya sehingga ke hari kiamat.

Iblis pula apabila menyentuh paha kanan dengan paha kiri akan mengeluarkan 33 biji telor. Dalam setiap biji telor itu ada 33 pasang benihnya. Tiap-tiap pasang benih itu apabila menyentuh paha kanan dengan paha kiri akan keluar seperti yang terdahulu. Begitulah proses pembiakan Jin dan Iblis sehinggalah ke hari kiamat.

Bunian atau lebih masyhur di kalangan orang-orang Melayu dengan panggilan orang Ghaib pula ialah hasil campuran lelaki atau perempuan Jin dengan lelaki atau perempuan dari kalangan manusia. Anak yang terhasil daripada percampuran itu dikenali dengan nama Bunian. Perangai dan tingkah laku serta rupa bentuknya orang Bunian ini dalam beberapa perkara mengikut manusia dan dalam beberapa perkara pula mengikut Jin.

Jika asal usul datuk manusia ialah Nabi Adam, maka asal usul datuk Jin pula ialah ” Jaan ” yang asalnya adalah beriman kepada Allah dan melahirkan keturunan yang beriman. Selepas itu terdapat pula dari keturunan Jaan yang kufur dan melahirkan pula keturunan yang kufur. Anak cucu Jaan yang asal beriman itu ada yang kekal dalam iman dan ada pula yang kufur dan ada pula yang kembali beriman kepada Allah.

AGAMA PUAK-PUAK JIN

Jin Juga seperti manusia, iaitu ada yang baik, ada yang jahat, ada yang soleh, ada yang tidak soleh, ada yang alim lagi mukmim, ada ada yang kufur, ada yang murtad, fasik dan zalim, ada yang masuk syurga dan ada yang dihumbankan oleh Allah ke dalam neraka di hari akhirat kelak.

Majoriti puak-puak Jin terdiri daripada golongan Jin kafir. Golongan Jin kafir ini kebanyakanya beragama Yahudi, Kristian, Komunis dan sangat sedikit daripada mereka yang beragama Buddha dan Majusi. Terdapat juga golongan Jin yang tidak beragama. Golongan Jin yang memeluk Islam hanyalah sedikit bilangannya dan terdiri daripada golongan manoriti jika di bandingkan dengan keseluruhan bilangan Jin.

Seperti juga manusia biasa, Jin juga berada dalam tingkat-tingkat iman, ilmu dan amalan yang tertentu berdasarkan kepada keimanan dan amalan mereka kepada Allah. Antaranya ada Jin Islam yang bertaraf awam sahaja , Jin Islam yang di tingkat iman Khawas dan Jin Islam yang berada ditingkat iman yang Khawasil-Khawas.

Walaupun Jin Islam yang paling tinggi imannya dan paling soleh amalannya serta paling luas serta banyak ilmunya , tetapi masih ada pada diri mereka sifat-sifat mazmumah seperti takbur, riak, ujub dan sebagainya, tetapi mereka mudah menerima teguran dan pengajaran.

Mungkin inilah yang sering diperkatakan bahawa ” sebaik-baik Jin itu ialah sejahat-jahat manusia yang fasik. ” Tetapi yang berbezanya manusia yang paling jahat susah menerima pengajaran dan teguran yang baik.

Golongan Jin Islam yang awam dan Jin kafir suka merasuk manusia yang awam dengan berbagai-bagai cara, kerana pada pandangan mereka manusia-manusia yang awam itu bukanlah manusia sebenarnya, sebaliknya adalah rupa seekor binatang. Manusia yang Khawas dan Khawasil-Khawas tidak dapat di rasuk oleh Jin, bahkan Jin pula akan datang kepada mereka untuk bersahabat.

RUPA BENTUK JIN

Pada asasnya rupa bentuk Jin tidaklah banyak berbeza daripada rupa bentuk manusia, iaitu mereka mempunyai jantina, mempunyai hidung mata, tangan, kaki, telinga dan sebagainya, sepertimana yang di miliki oleh manusia. Pada dasarnya 80 hingga ke 90 peratus Jin menyerupai manusia.

Cuma yang berbezanya fizikal Jin adalah lebih kecil dan halus daripada manusia. Bentuk tubuh mereka itu ada yang pendek, ada yang terlalu tinggi dan ada bermacam-macam warna, iaitu putih, merah biru, hitam dan sebagainya. Jin yang kekal dalam keadaan kafir dan Jin Islam yang fasik itu mempunyai rupa yang huduh dan menakutkan. Manakala Jin Islam yang soleh pula mempunyai rupa paras yang elok.

Menurut sesetengah pendapat tinggi Jin yang sebenarnya adalah kira-kira tiga hasta sahaja. Pengetahuan mereka lebih luas dan umurnya tersangat panjang dan ada yang beribu tahun umurnya. Kecepatan Jin bergerak adalah melebihi gerak cahaya dalam satu saat. Memandangkan Jin adalah terdiri daripada makluk yang seni dan tersembunyi, tidak zahir seprti manusia dan tidak sepenuhnya ghaib seperti Malaikat, maka ruang yang kecil pun boleh di duduki oleh berjuta-juta Jin dan ianya juga boleh memasuki dan menghuni tubuh badan manusia.

Jumlah Jin terlalu ramai sehingga menurut sesetengah pendapat bilangannya ialah jumlah semua manusia daripada Nabi Adam hingga ke hari kiamat di darab dengan haiwan-haiwan, di darab dengan batu-batu, di darab dengan pasir-pasir dan semua tumbuh-tumbuhan. Itu pun baru satu persepuluh daripada jumlah keseluruhan Jin.

Manakala jumlah keseluruhan Jin ialah satu persepuluh daripada jumlah keseluruhan Malaikat. Jumlah keseluruhan Malaikat hanya Allah dan Rasulnya sahaja yang lebih mengetahuinya.

Alam kediaman Jin ialah di lautan, daratan, di udara dan di Alam Mithal iaitu suatu alam di antara alam manusia dan alam malaikat. Jika di berikan oleh Allah kepada kita melihat Jin, sudah tentulah kita akan melihat jarum yang dijatuhkan dari atas tidak akan jatuh ke bumi , tetapi hanya jatuh di atas belakang Jin, disebabkan terlalu banyaknya jumlah mereka.

Sebab itulah orang-orang tua kita selalu berpesan supaya anak-anak segera balik ke rumah apabila telah tiba waktu maghrib dan pintu serta tingkap rumah mesti di tutup, supaya tidak dimasuki oleh Syaitan dan Iblis.

Sebagaimana sebuah Hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

” Apabila kamu menghadapi malam atau kamu telah berada di sebahagian malam maka tahanlah anak-anak mu kerana sesungguhnya syaitan berkeliaran ketika itu dan apabila berlalu sesuatu ketika malam maka tahanlah mereka dan tutuplah pintu-pintu rumahmu serta sebutlah nama Allah, padamkan lampu-lampu mu serta sebutlah nama Allah, ikatlah minuman mu serta sebutlah nama Allah dan tutuplah sisa makanan mu serta sebutlah nama Allah ( ketika menutupnya ) “

Hadis di atas bermaksud bahawa Jin dan Syaitan akan tidur di waktu siang dalam cahaya dan sinar sehingga menjelang petang, di mana pada waktu itu mereka berkeliaran mencari rezeki dan makanan, baik lelaki maupun perempuan, samada yang dewasa atau kanak-kanak.

MELIHAT JIN

Pada prinsipnya Jin tidak boleh di lihat, di sentuh dan di dengar oleh manusia dalam bentuk yang asal sebagaimana ianya diciptakan, kecuali dalam keadaan-keadaan tertentu, Jin boleh di lihat dalam rupa bentuk yang diingininya.

Jin juga boleh di lihat oleh manusia dalam keadaan sihir atau ketika meminum air sihir atau melalui kemahuan Jin itu sendiri untuk memperlihatkan dirinya kepada manusia.

Di dunia semua Jin boleh melihat manusia manakala manusia yang Khawas dan Khawasil-Khawas sahaja yang boleh melihat Jin selain daripada para Nabi dan Rasul. Manakala di akhirat pula semua manusia mukmin yang ahli syurga boleh melihat Jin manakala Jin yang Khawas dan Khawasil-Khawas sahaja yang boleh melihat manusia.

Antara kelebihan Jin yang telah diberikan oleh Allah ialah kemampuannya untuk mengubah dirinya dalam berbagai bentuk dan rupa. Contohnya dalam peperangan Badar, Iblis telah menampakkan dirinya dalam bentuk seorang lelaki dari Bani Mudlij dan Syaitan pula dalam rupa Suraqah bin Malik yang datang membantu tentera musrikin memerangi tentera Islam. ( Iblis dan Syaitan adalah juga merupakan sebahagian daripada golongan Jin ).

Dalam Sahih Bukhari juga ada meriwayatkan bahawa adanya Jin yang menampakkan dirinya dalam bentuk seekor ular dan membunuh seorang pemuda yang cuba membunuh ular tersebut. Di samping itu Jin juga boleh menampakkan dirinya dalam rupa bentuk haiwan yang lain seperti rupa bentuk kucing, anjing dan sebagainya.

KUMPULAN-KUMPULAN JIN

Jin juga seperti manusia yang inginkan keturunan dan hidup berpuak-puak. Puak dan kumpulan Jin terlalu banyak dan bercakap dalam berbagai-bagai loghat dan bahasa. Ada sesetengah ulama membahagikan Jin kepada beberapa kumpulan, antaranya kumpulan yang menunggu kubur, kumpulan yang menunggu gua, kumpulan yang menunggu mayat manusia, kumpulan yang menunggu hutan rimba, kumpulan yang menunggu bukit bukau, kumpulan yang menunggu air mata air, kumpulan yang menunggu tasik, kolam, teluk, kuala, pulau dan sebagainya.

JENIS-JENIS JIN

Sama seperti manusia Jin juga terdiri dari pada berbagai jenis atau bangsa, antara yang tersohor ialah :-

1. Iblis Bapa dan pujaan kepada semua jenis Jin, Iblis dan Syaitan..

2. Asy-Syaitan Syaitan-syaitan

3. Al-Maraddah Peragu-peragu ( pewas-was )

4. Al-Afrit Penipu-penipu

5. Al-A’waan Pelayan-pelayan

6. Al-Tayyaaruun Penerbang-penerbang

7. Al-Ghawwaasuun Penyelam-penyelam

8. At-Tawaabi Pengikut-pengikut ( pengekor )

9. Al-Qurana Pengawan-pengawan

10. Al-Ummaar Pemakmur.

GELARAN-GELARAN JIN DALAM ISTILAH ORANG-ORANG MELAYU

Jin menurut orang-orang Melayu mempunyai beberapa nama dan gelaran menurut perwatakkan dan rupa bentuk penjelmaan mereka. Kebanyakan nama Jin-Jin itu dimulai dengan hantu. Hantu-hantu tersebut sebenarnya adalah terdiri daripada golongan Jin, cuma di kalangan orang Melayu, menganggap hantu itu adalah makhluk yang berbeza daripada Jin.

ANTARA JIN-JIN YANG POPULAR DI KALANGAN ORANG-ORANG MELAYU IALAH:

Hantu Raya, Hantu Pontianak, Hantu Polong, Hantu Toyol, Hantu Langsuir, Hantu Penanggal, Hantu Pelesit, Hantu Air, Hantu Bukit, Hantu Kubur, Hantu Pari, Hantu Punjut, Hantu Jerangkung, Hantu Laut, Hantu Bawah Tangga, Hantu Galah, Jin Tanah, Hantu Kum-Kum, Hantu Bungkus, Hantu Pocong, Hantu mati di bunuh, Hantu Bidai, Hantu pari-pari, Hantu Kopek ( Tetek ), Harimau Jadian, Jembalang Tanah, Hantu Tengelong.

KERAJAAN-KERAJAAN JIN

Jin juga mempunyai pemimpin dan kerajaannya yang tersendiri. Antara Raja Jin alam bawah yang kafir ialah seperti Mazhab, Marrah, Ahmar, Burkhan, Syamhurash, Zubai’ah dan Maimon. Empat raja Jin Ifrit ( Jin yang paling jahat ) yang mempunyai kerajaan yang besar yang menjadi menteri kepada Nabi Allah Sulaiman a.s ialah Thamrith, Munaliq, Hadlabaajin dan Shughal.

Manakala Raja Jin Alam atas yang Islam pula ialah Rukiyaail, Jibriyaail, Samsamaail, Mikiyaail, Sarifiyaail, ‘Ainyaail dan Kasfiyaail. Raja Jin yang mengusai kesemua Jin tersebut bernama THOTHAMGHI YAM YA LI.. Manakala Malaikat yang mengawal kesemua Jin-Jin di atas bernama Maithotorun yang bergelar QUTBUL JALALAH.

ANAK-ANAK IBLIS JUGA MEMPUNYAI KERAJAAN YANG BESAR ANTARANYA :

1.   Thubar Merasuk manusia yang di timpa musibah dan bala.

2. Daasim Merasuk manusia untuk menceraikan ikatan silatulrahim, rumah  tangga, keluarga, sahabat handai, jemaah dan sebagainya.

3.  Al-‘Awar Merasuk manusia supaya meruntuhkan akhlak, berzina, minum arak, liwat, berjudi dan sebagainya

4.      Zalanbuur Merasuk manusia dengan api permusuhan dan pembunuhan.

ANTARA JIN, IFRIT, SYAITAN DAN IBLIS

Jin, Ifrit, Syaitan dan Iblis adalah merupakan sebahagian daripada golongan Jin, cuma tugas dan fungsi mereka sahaja yang berbeza. Jin sebagaimana yang telah diterangkan di atas ialah sejenis mahkluk Allah yang tersembunyi dan tidak kelihatan oleh manusia. Pengetahuan mereka lebih luas dan sangat panjang usianya.

Manakala Ifrit pula adalah daripada golongan Jin yang sangat kuat dan bijak menipu serta sangat busuk hati terhadap manusia. Golongan ini tersangat sombong lagi amat durhaka kepada Allah.

Iblis dan Syaitan juga terdiri daripada golongan Jin dan mereka merupakan golongan Jin yang sangat sombong lagi durhaka, pengacau dan menjadi musuh utama manusia dan mendapat kutukan Allah sehingga ke hari kiamat.

Sebagaimana Firman Allah yang bermaksud :

” Iblis menjawab : Sebab engkau telah menghukum saya dengan tersesat, saya akan menghalang halangi mereka dari jalan Mu yang lurus. Kemudian saya akan mendatangani mereka dari depan dan dari belakang mereka, dari kanan dan kiri mereka. Engkau tak akan mendapati kebanyakan dari mereka bersyukur ( taat ).”

Sesetengah ulama berpendapat bahawa Azazil itu bukanlah moyang Jin, sebenarnya beliau merupakan satu Jin yang paling abid dan alim di kalangan Jin yang di angkat menjadi ketua ahli-ahli ibadat kepada Jin dan Malaikat. Dia menjadi angkuh dan takbur di atas keilmuan, ketakwaan dan banyak beribadat serta asal usul kejadiannya berbanding dengan manusia ( Adam ). Maka dengan sifat beliau yang sombong itu Allah telah melaknatnya menjadi kafir dengan nama Iblis.

Bermula dari saat itulah Iblis melancarkan gerakan permusuhan dengan manusia sehingga ke hari kiamat.

Allah telah menjelaskan bahawa terdapat tiga jenis permusuhan dilakukan oleh Jin ke atas manusia iaitu :-

Melalui Kejahatan ( As-Suu’ ) : iaitu berkenan dan gemar kepada dosa-dosa dan maksiat hati dan segala anggota tubuh badan.

Kekejian ( Al-Fahsyaa’ ) : iaitu kejahatan yang lebih buruk dan jahat lagi.  Kekejian ini adalah sebahagian daripada perkara yang membawa kepada kedurhakaan dan maksiat kepada Allah.

Melalui pembohongan dan menipu Allah melalui perbuatan, perkataan dan nawaitu.

————————————————————————————————————————————————————————————

LELAKI YANG SEJATI

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar, tetapi dari kasih sayangnya pada orang disekitarnya…
Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang, tetapi dari kelembutannya mengatakan kebenaran…Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya, tetapi dari sikap bersahabatnya pada generasi muda bangsa…Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia di hormati ditempat bekerja, tetapi bagaimana dia dihormati didalam rumah…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan, tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang, tetapi dari hati yang ada disebalik itu…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari banyaknya wanita yang memuja, tetapi komitmennya terhadap wanita yang dicintainya…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari jumlah tanggungjawab yang dibebankan, tetapi dari tabahnya dia menghadapi lika-liku kehidupan…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari rajinnya membaca kitab suci, tetapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang ia baca…

Sabar itu iman…
Duit bukan kawan…
Dunia hanya pinjaman…
Mati tak berteman…

————————————————————————————————————————————————————————————

CARA2 SESEORANG ITU CUBA MEMIKAT KITA

Sebelum seseorang itu berkapel, sudah semestinya mesti ada salah sorang tu yang akan cuba memikat kan? Mesti ada orang yang akan memulakan dulu dalam bab-bab berkapel ni. Jadi di sini, saya ingin berkongsi dengan korang semua cara-cara bila seseorang itu cuba memikat diri kita.

1. Mula-mula, mesti la dia akan mintak no phone kita kan. Tapi nak mintak tu kadang-kadang, ada yang mintak terus dari kita. Ada yang mintak secara underground (maksudnyA, mintak dari kawan-kawan kita la). Tak pun, menggunakan “intelligence” untuk mendapatkan no phone kitatu.

2. Selepas dah dapat no phone, apa lagi, dia mula buat-buat salah hantar mesej la, tersalah call la. Then siap tanya ni no sape, etc. Padahal dia yang start dulu kan? Tak ke pelik tu.

3. Dia akan selalu mesej kita. Tanyakan khabar, dah makan belum, dah mandi ke, etc. Then if tak puas lagi, die akan mesej-mesej dengan kita sehingga la pukul 2, 3 pagi. Dalam ngantuk-ngantuk tu pun boleh kata mata masih segar lagi.

4. Dah tu pulak, dah penat-penat nak mesej, dia akan terus call kita. Konon cakap kredit banyak sangat sampai provider nak potong line dorang. Tapi sebenarnye, nak dengar suara kita sebelum die tido. Nak hilangkan rindu la katakan. Even masa tu kita still rasa takde pape lagi.

5. Then, tibe-tibe dia akan ajak kita keluar. Keluar gi makan ke, keluar teman die belikan barang-barang dapur ke, ape ke. Memang pandai dorang ni dalam bab-bab mengajak keluar. Siap kalau takde kereta tu, sanggup pergi pinjam kereta kawan or sewa kereta.

6. Dah tu pulak, bile dah lama berkenalan, mula la dah tukar pulak status panggilan dalam mesej. Bucuk-Comot la, Sayang-Abang la, Mama-Papa la, dan macam-macam lagi la panggilan. Tapi rasa-rasa, Mama-Papa tu selalu orang guna selepas declare or dah lama kapel.

7. Dari situ pulak, mula la start mesej-mesej nakal. Konon-konon nak bermanja la tu. Even ada yang berkongsi masalah dan sama-sama fikirkan macam mana nak setelkan masalah tersebut. Dalam masalah pun, dia still nak buat lawak untuk bagi kita happy.

8. Dan akhir sekali, sekiranya dia betul-betul nak pikat kita dia akan approch kita. Tak tahu la spot mana dia nak amik sebagai tempat dia nak mendeclare tu. Ada yang dalam telefon je, ada yang jumpa terus, ada yang sanggup datang malam-malam coz nak bersaksikan bulan ke, ape ke. Tapi if dia betul-betul suka pada kita, dia akan cakap yang dia nak menjadikan kita sebagai pasangan hidup dia.

Namun begitu, tak semua yang akan berakhir dengan kegembiraan. Ada yang apa yang kita harapkan, tidak menjadi. Tapi apa salahnya. Even dia tidak menjadi milik kita, kita still boleh berkawan dengan dia kan kan?

————————————————————————————————————————————————————————————

BENARKAN CINTA ITU MENYAKITKAN. .???

Setiap orang mempunyai makna cinta yang tersendiri. Ada yang kata, cinta itu menyakitkan dan jangan kau hampirinya. Tetapi, ada juga yang kata, cinta itu mengasyikkan sehingga kau akan terbawa-bawa dengan ombak asmaranya. Dan ada juga yang kata, cinta itu indah dan tiada ungkapan yang dapat menyatakan maksud cinta yang sebenar.
Bagi yang mengatakan bahawa cinta itu menyakitkan, ianya memang benar. Walau sepadan mana pun sepasang kekasih itu, akan ada juga masalah yang timbul. Ianya boleh diibaratkan, langit tak semestinya sentiasa cerah. Dalam berkapel ini, kita memang tidak boleh lari dari masalah. Bahkan, kita sendiri yang perlu menghadapinya dan juga menyelesaikan masalah tersebut.

Kesakitan cinta ini makin terasa ngilunya apabila sebuah pasangan itu hancur musnah. Apa yang dijanjikan selama ini, menjadi dusta belaka. Ketika baru sahaja clash, semuanya menjadi tak kena. Semuanya dipersalahkan. Itu tak betul, ini tak betul. Terasa diri ini dihimpit oleh sebuah keretapi dan tiada siapa yang ingin menolong.

Jadi, sekiranya anda ingin bercinta dengan seseorang, ingatlah. Cinta ini tak semuanya indah. Dan anda perlu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku. Yang pasti, dalam percintaan akan ada pasang surutnya perhubungan. Cuma kita tidak tahu, bila ia akan berlaku. Mungkin hari ini, esok, lusa dan bila-bila masa.

sila klip pada: tiada ungkapan yang dapat menyatakan maksud cinta yang sebenar. untuk bersama penulis asal artikel nie.

————————————————————————————————————————————————————————————

12 Perkara Tentang Cinta

1. Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan nokhtah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki? Cinta seumpama kota kristal indah di penglihatan derita di perasaan.

2. Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh cinta tapi bila perasaan menjadi rindu padanya, tiba-tiba perasaan malu itu menjadi hilang dengan sendirinya dan terpaksa menerima kenyataan yang sebenarnya bahawa anda telah jatuh cinta.

3. Gerak geri memberi pengertian kepada perasaan yang tidak terucap oleh kata-kata.

4. Cinta yang di semadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan di kecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.

5. Cinta yang datang umpama pelangi ceria dengan 7 warna memukau saat bayu berlagu riang, tika itulah cintanya hadir. Apabila mata terlihat seseorg yang bakal mewarnai hidupnya.

6. Cinta bukan paksaan. Ia lahir dari dua perasaan, kehadirannya tidak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan.

7. Persahabatanbiasany a berakhir dengan percintaan tetapi percintaan tidak pernah berakhir dengan persahabatan.

8. Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cintabukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.

9. Apakah sebenarnya cinta itu? Cuba katakan. Tak lain tak bukan ialah dua jiwa dlm satu fikiran dan dua hati dlm satu debaran.

10. Cetusan cinta pertama merupakan suatu getaran yg sangat menggoncangkan jiwa.

11. Kadangkala kita menyedari betapa dalamnya kita menyintai seseorang, disaat kita sedang kehilangannya. Dan kadangkala kita juga menyedari betapa perlunya cinta seseorg terhadap kita, disaat kita amat memerlukannya.

12. Cinta yang lahir dari pandang pertama adalah cinta suci, manakala perasaan cinta yang lahir dr kemesraan persahabatan adalah cinta sejati. Namun sukar untuk membezakan yg mana lebih abadi, cinta suci atau cinta sejati.

————————————————————————————————————————————————————————————

20 Faktor Si Dia Boleh Dipercayai

Mempercayai seseorang bukanlah mudah sebenarnya. Jika baru mengenalinya tentu perasaan sangsi akan timbul dari sanubari. Ada juga yang sudah lama mengenali tapi masih juga belum mempercayai. Dalam satu perhubungan, tidak wajar sekiranya kamu masih tidak ada kepercayaan terhadap si dia. Walaupun mungkin kamu tidak akan mempercayai si dia seratus peratus, tapi tak salah kalau kamu meletakkan anggaran dibawah 70 peratus keyakinan kamu terhadapnya. Tapi mudahkah kamu melakarkan kepercayaan terhadap si dia? Sebenarnya ada faktor-faktor yang boleh menimbulkan kepercayaan.Faktor 1 – Konsisten
Kamu mempercayai apa yang dilihat dan didengar tanpa syak wasangka. Bagi kamu apa yang dibicarakan tidak perlu disangsi kerana ianya ada kebenaran serta boleh mendatangkan kebaikan dalam perhubungan kamu. Tapi berhati-hatilah kerana mungkin dengan cara ini si dia boleh ‘menjerat’ kamu. Siapa tahukan!
Faktor 2 – Boleh dikawal
Perkara-perkara yang bagi kamu adalah konsisten membuatkan kamu boleh menganggap adakah si dia boleh dikawal ataupun tidak. Contohnya, si dia akan datang tepat pada waktu yang dijanjikan dan boleh menerima pendapat kamu. Maknanya kamu boleh ‘mengawal’ dirinya dari melakukan perkara yang tidak kamu sukai. Bukanlah bermakna kamu boleh mengongkongnya tetapi jika si dia menuruti kehendak kamu ini bermakna si dia mempercayai kamu dan tidak ragu-ragu dengan cara kamu.

Faktor 3 – Komitmen
Komitmen bukanlah sekadar menepati janji, tapi juga menghargai perjanjian yang telah dipersetujui bersama. Jika kamu ataupun si dia berani berkomitmen dan bersungguh-sungguh dalam perhubungan , tentu saja perhubungan kamu ceria dan aman. Sikap saling mempercayai yang wujud dalam diri masing-masing akan mewarnai lagi perhubungan kamu itu. Malah ianya akan membuatkan si dia lebih yakin dengan kejujuran kamu terhadapnya. Jadi tiada alasan untuk si dia berlaku curang terhadap kamu.

Faktor 4 – Kejujuran
Kejujuran memang perlu untuk menjamin sebuah perhubungan yang bahagia. Kamu juga tidak patut menyembunyikan perkara-perkara yang sepatutnya diketahuinya. Jika kamu dan si dia jujur , ini membolehkan kamu berdua tidak takut untuk berbahas kerana berpendapat ianya juga untuk kebaikan bersama. Walaupun adakalanya tercetus pertengkaran kecil kerana masing-masing ingin mengutarakan pendapat sendiri, tetapi akhirnya mengambil keputusan untuk memilih pendapat yang terbaik demi menjamin perhubungan yang stabil.

Faktor 5 – Terima seada-adanya
Kunci keintiman dalam suatu perhubungan adalah menerima seadanya baik buruk pasangan kamu. Bila hati sudah suka dan sayang, tentu saja kamu sanggup menerimanya walaupun menyedari tentunya ada perkara-perkara negatif tentangnya. Namun begitu, tentunya kamu dan si dia berusaha untuk berubah jika terdapat sikap-sikap yang tidak disenangi hingga boleh menjejaskan perhubungan. Usaha kamu dan si dia ini menampakkan kesungguhan yang amat ketara demi menjamin perhubungan.

Faktor 6 – Perlu dimengertikan
Sebahagian besar individu menginginkan pasangan yang tidak hanya mendengar pendapat sebelah pihak. Malah harus bijak mengutarakan pendapat sendiri. Kamu juga tentunya berharap agar si dia mengerti tentang pandangan kamu terhadap pelbagai perkara. Jika tidak, mungkin perhubungan hanya mendatar saja. Bukan itu saja, kemarahan juga boleh timbul ekoran perasaan yang tidak dimengertikan dan menganggap diri kamu tidak dihargainya.

Faktor 7 – Simpati
Simpati adalah usaha untuk memberikan pengertian yang lebih mendalam, seakan berusaha menempatkan diri kita di dalam emosi si dia. Sebenarnya tidak mudah melakukan perkara ini. Tapi bila dapat menimbulkan simpati, kebanyakan pasangan mampu mengatasi perkara-perkara yang boleh menimbulkan pertengkaran dan perselisihan pendapat kerana memahami sesuatu yang boleh mengganggu hubungan.

Faktor 8 – Diyakini
Bila rasa yakin, kamu boleh memberi pandangan bersama si dia. Baik dalam hal-hal remeh temeh hinggakan ke perkara yang serius. Kamu akan merasa si dia bukan saja mendengar malah akan menyimpan rahsia kamu. Apa yang penting kamu juga harus mengetahui dan berkeyakinan adakah si dia memang boleh menyimpan rahsia ataupun tidak!

Faktor 9 – Perbezaan pendapat
Memanglah tak dapat lari dari perbezaan pendapat antara kamu dan si dia. Mereka yang berusaha terlalu keras untuk menyangkal atau takut mengakui bahawa dirinya berbeza pendapat dengan pasangannya selalunya seorang yang tidak berani menghadapi kenyataan. Tak mungkin akan selalu sama pendapat sebaliknya mampu berkompromi untuk menunjukkan kedewasaan masing-masing.

Faktor 10 – Elakkan dendam
Cinta sejati akan diwarnai oleh pengertian dan rasa untuk dimaafkan. Kerana dendam boleh menjadi punca kehancuran sesebuah perhubungan. Walaupun pernah dilukai, namun perasaan dendam ataupun membalas balik mungkin tidak akan terlintas dalam fikiran. Bagi diri kamu, mungkin berdendam bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik malah ianya akan memburukkan lagi keadaan. Oleh sebab itulah kemaafan adalah perkara yang terbaik untuk menjernihkan suasana.

Faktor 11 – Berfikiran terbuka
Banyak pasangan merasakan tidak perlu untuk mengungkapkan secara lisan apa yang ada dibenaknya. Walaupun hakikatnya perkara itu sangat penting dan perlu disampaikan secepat mungkin bagi menggelakkan perkara yang tidak diingini akan berlaku. Oleh sebab itulah, jalan yang terbaik ialah setiap individu harus berfikiran terbuka. Bukannya harus menerima pendapatnya tanpa perlu berfikri panjang sebaliknya kita harus mendengarnya dahulu dan barulah membuat keputusan. Tak semestinya apa yang dikatakan tidak elok begitu juga sebaliknya.

Faktor 12 – Tulus dan jujur
Ketulusan dan kejujuran memainkan peranan yang penting dalam sesebuah perhubungan. Bukan saja dari segi perbuatan malah juga percakapan. Apa yang ingin disampaikan haruslah dengan niat sejujur yang mungkin dan bukanlah hanya untuk melindungi kesilapan. Pilihlah kata-kata yang sedap didengar dan senang dimengertikan. Melalui komunikasi, kita juga boleh ‘menangkap’ adakah si dia jujur dan tulus ataupun sebaliknya.

Faktor 13 – Tak selalu didampingi
Bukan semua orang sukakan kekasihnya sentiasa disisi. Ada juga yang inginkan sedikit kebebasan dan asal bijak mengawal diri itu sudah cukup memadai. Apa yang penting, jika si dia tidak menemani kamu, jangan pula berfikir yang bukan-bukan dan mulalah menganggap yang si dia sengaja mahu mengabaikan kamu. Singkirkan perasaan ini kerana ini bukanlah niatnya sebaliknya ingin memberikan kamu sedikit ruang untuk menjalani aktiviti sendiri.

Faktor 14 – Jauh di mata dekat di hati
Saat terpisah dek jarak yang jauh sebenarnya banyak mengajar kita erti rindu yang sebenar. Walaupun tempohnya agak lama, haruslah mempercayai jarak dan waktu tersebut tidak akan memisahkan diri kamu dan si dia. Perasaan ini harus wujud walaupun tidak selalu dapat bersua namun perasaan saling merindu dan menyayangi akan menguatkan lagi perhubungan kamu itu. Apapun teguhkan hati dan pendirian kamu bahawa hanya cinta si dia sahaja yang bertakhta di hati.

Faktor 15 – Persamaan
Persamaan antara kamu berdua akan menguatkan lagi rasa cinta bila masing-masing yakin bahawa hubungan itu diimbangkan dengan prioriti utama. Jangan hanya mementingkan hak seorang diri saja dan haruslah mengambil berat tentang kedua belah pihak. Sebenarnya kamu berdua saling memerlukan antara satu sama lain untuk memastikan keseimbangan dalam perhubungan.

Faktor 16 – Tak saling menyalahkan
Tak selalu hubungan yang terjalin berjalan lancar dan adakalanya ia akan ‘bergegar’ jua. Hubungan cinta yang lancar haruslah tidak dilandasi sikap saling menyalahkan. Apa yang terjadi merupakan interaksi dari dua pihak yang memiliki kebebasan mengeluarkan pendapat dan keinginan yng berbeza. Menyalahkan antara satu sama lain bukanlah boleh menyelesaikan masalah sebaliknya akan menjejaskan lagi hubungan. Keegoan mungkinlah penyebab mengapa kamu dan si dia saling menyalahkan antara satu sama lain.

Faktor 17 – Hormat-menghormati
Saling hormat-menghormati adalah dasar perhubungan yang positif. Kamu harus menghormati si dia dan begitu juga sebaliknya. Tapi jangan kerana terlalu menghormatinya hinggakan kamu berasa amat segan dengannya. Ini akan mendorong rasa malu dan segan untuk meluahkan apa yang kamu pendamkan dan membuatkan hubungan kamu sukar untuk berkembang. Oleh sebab itulah kamu perlu membatasi rasa hormat dan segan terhadap si dia.

Faktor 18 – Penghargaan
Tidak salah sekiranya kamu menghargai si dia. Bukannya hendak menyanjung tinggi ataupun terlalu memuja dirinya. Tetapi biarlah sekadar si dia tahu yang kamu amat mengharagi kasih dan dirinya. Caranya? Emmm… hanya kamu saja yang tahu bagaimana kerana lain orang lainlah caranya. Apapun kalau kamu memang sayangkannya, jangan segan silu untuk menunjukkan perasaan kamu serta jangan lupa harga perasaan dan dirinya.

Faktor 19 – Bukan materialistik
Bayangkanlah kalau kamu seorang yang materialistik? Mesti kekasih kamu ‘pokai’ dibuatnya. Mana taknya kalau kamu minta yang bukan-bukan. Dalam perhubungan, jangan sesekali kamu menjadikan wang sebagai punca utama mengapa kamu memilih si dia. Jika ianya terjadi, hubungan kamu mungkin sukar bertahan lama dan membuatkan si dia akan berprasangka terhadap kamu.

Faktor 20 – Perancangan bersama
Manusia hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan segalanya. Tapi ada bagusnya kalau kamu dan si dia merancang sesuatu untuk menjamin kebahagian. Tentunya kamu sendiri inginkan yang terbaik demi masa depan bersama. Bukan mudah untuk mencipta kebahagiaan dan mengecapi kegemilangan dalam perhubungan. Pastinya semua mengimpikan sesuatu yang indah dalam perhubungan. Begitu juga kamu bukan? Apa perancangan kamu agaknya ye?

————————————————————————————————————————————————————————————

Kejujuran Bukti Cinta Sejati

PERCINTAAN bukan pasti berakhir dengan perkahwinan, malah ada pasangan yang bercinta bagai Laila dan Majnun tetapi akhirnya putus di pertengahan jalan.

Justeru, apabila mengingatkan kisah percintaan lama, pasti ramai di antara kita yang tersenyum sendiri. Bagi lelaki dan wanita, mereka tentu mempunyai kisah percintaan sendiri yang kadangkala jika ditulis boleh dibuat novel.

Ada yang kecewa akibat bercinta mengambil keputusan terus membujang sehingga tua, seolah-olah cinta pertama itu terlalu agung dan tidak boleh diganti dengan percintaan lain.

Namun, bagi kebanyakan kita, jodoh pertemuan ketentuan Ilahi. Justeru, apabila gagal dalam percintaan pertama, kedua dan seterusnya, masih ada ruang untuk mengubat kedukaan itu.

Apabila menjadi suami isteri, kadangkala teringat juga kisah percintaan lama. Ada di antara kita yang berani untuk memberitahu pasangannya mengenai cerita cinta yang pernah ditempuhi dan bagi yang lain menyimpan dalam memori sendiri.

Setiap orang pasti memiliki kisah masa lalu, sama ada buruk atau indah. Timbul persoalan, adakah kisah masa lalu yang buruk itu perlu diceritakan kepada kekasih kita?

Adakah jika diceritakan akan membuktikan betapa dalamnya cinta anda dan pasangan? Atau adakah dengan membuka cerita cinta lama itu akan merosak dan memporak-porandakan hubungan anda?

Ada yang berkata, jika anda tidak menyampaikan kisah cinta masa lalu, maka anda akan menjadi seorang pembohong di hadapan orang yang anda cintai dan anda tidak mungkin dapat mencintainya sepenuh hati.

Ini berlaku terutama kepada pasangan yang berkomitmen untuk bersama-sama selamanya, justeru setiap orang berhak mengetahui kisah pasangan yang dicintainya itu.

Namun, sebelum anda ingin menceritakan kisah percintaan masa lalu, pastikan pasangan anda bersedia menerima segala masa lalu anda dan melupakannya!

Beberapa hal yang perlu diperhatikan untuk menyingkap masa lalu:

  • Bagaimana keadaan anda ketika melalui saat-saat percintaan dengan bekas kekasih anda.
  • Kehidupan sekarang lebih baik daripada masa lalu.
  • Cerita percintaan masa lalu itu akan meningkatkan kualiti cinta anda.
  • Ceritakan percintaan masa lalu yang boleh memberi manfaat kepada kehidupan anda dan pasangan ketika ini.
  • Jalani hubungan anda dan pasangan dengan saling menanamkan kepercayaan dalam hubungan cinta.
  • Tanamkan dalam diri hubungan ketika ini amat penting, justeru anda jujur untuk menceritakan kisah percintaan masa lalu.

————————————————————————————————————————————————————————————

Rahsia Cinta Lelaki

Saya percaya tentu terdapat segelintir kaum perempuan yg sudah serik utk menjalinkn hubungan serius dgn kaum lelaki setelah beberapa kali dikecewakn..
Adakah anda ingin memegang title ’single n available’ hingga ble2? Dan apakah yg harus anda lakukan utk membuat pilihan yg tepat dlm memilih teman hidup dr kaum Adam? Tips2 berikut diharap dapat membantu anda serba sedikit dlm memilih lelaki yg benar2 ikhlas dan menyayangi diri anda. )Apabila seorang lelaki benar2 jatuh cinta dan setia akan pada kekasihnya dgn ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dgn jelas. Hati lelaki yg dianggap keras selama ini, tiba2 secara semulajadi akan menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dgn relanya. Bahkan lelaki yg mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja utk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yg dilakukan lelaki utk anda.. [-xBerikut adalah tanda2 lelaki yg jatuh cinta dgn jujur n ikhlas:

  1. Si dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela dan bukan kerana terpaksa.
  2. Si dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan sanggup berubah demi menyenangi hati pasangannya.
  3. Si dia byk menasihati kekasihnya kerana si dia amat menyayangi kekasihnya.
  4. Si dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap2. (maksud: mengambil berat stiap apa yg dilakukn oleh kekasihnya)
  5. Si dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
  6. Si dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana si dia sentiasa berasa curiga jika kekasihnya dikacau lelaki lain.
  7. Si dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.
  8. Si dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
  9. Adakalanya si dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana si dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.
  10. Si dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
  11. Si dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk dan dimanjai oleh kekasihnya.
  12. Si dia akan menggelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.
  13. Si dia sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya.
  14. Si dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
  15. Si dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana si dia tidak mahu kasih sayang antara mereka menjadi luntur.
  16. Si dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya.
  17. Si dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa mengorbankan masa dirinya sendiri.
  18. Si dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.
  19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, si dia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun si dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
  20. Apabila timbul org ketiga,si dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
  21. Si dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
  22. Si dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau si dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100% mencintai kekasihnya.
  23. Si dia sanggup menitiskn air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. (Tidakkah anda terharu melihat seorang lelaki yg sanggup menitiskan air mata demi anda?)

HARGAILAH MEREKA dan terimalah mereka seadanya… Berilah diri anda peluang utk kembali mencintai seorang yg bergelar lelaki.. )

————————————————————————————————————————————————————————————

KERUGIAN BAGI WANITA YANG MENOLAK PERKAHWINAN

BIAR KAMU TIDAK CANTIK DI MATA PENDUDUK BUMI TETAPI NAMAMU MENJADI PERBUALAN PENDUDUK LANGIT.

KERUGIAN BAGI WANITA YANG MENOLAK PERKAHWINAN

Sepertimana yang diberitakan kepada kita oleh akhbar Berita Harian, hari ini terdapat segolongan wanita yang menolak perkahwinan. Antaranya memandang perkahwinan sebagai satu bebanan yang menyekat kebebasan. Bila berkahwin, kuasa mutlak dalam menentukan hidup berubah dan terpikul pula dengan kerja-kerja mengurus rumahtangga dan anak-anak.

Justeru itu ramai yang lebih rela jadi andartu walaupun pada hakikatnya, ianya tidak dapat memberi kebahagiaan pada jiwa. Ada juga yang tidak berkahwin disebabkan terlalu memilih calon yang sekufu dan ada yang tidak sempat memikirkan perkahwinan kerana terlalu sibuk dengan tugas-tugas dan karier kerjanya.

Sebelum ini saya ada memberi pandangan bagaimana hendak menyelesaikan masalah andartu. Kali ini saya akan dedahkan pula tentang kerugian wanita yang tidak mahu bekahwin; tetapi bukan kepada wanita yang tidak berkahwin kerana tiada jodoh. Kalau sudah tidak ada jodoh, wanita tersebut tidak boleh dipersalahkan kerana sudah takdir menentukan demikian. Masalahnya sekarang, terdapat wanita yang ada peluang berkahwin tetapi menolak dengan alasan-alasan sepertimana yang saya sebutkan di atas tadi.

Perkembangan tentang wanita yang tidak gemar berkahwin bukan sahaja berlaku di dalam masyarakat bukan Islam tetapi juga berlaku di kalangan masyarakat Islam. Sikap demikian bukan sahaja bertentangan dengan kehendak ajaran Islam yang menggalakkan perkahwinan tetapi juga bertentangan dengan fitrah semulajadi manusia yang hidupnya memerlukan pasangan. Bahkan sunnatullah kejadian manusia, ada lelaki dan ada wanita yang saling memerlukan antara satu sama lain. Ibarat talian elektrik yang memerlukan positif dan
negatif untuk melahirkan cahaya.

Di Malaysia, walaupun terdapat di dalam masyarakat Islam sikap memilih hidup membujang tetapi tidak begitu berleluasa seperti di barat. Sungguh pun demikian pada pandangan Islam, orang yang tidak berkahwin dianggap jelek. Menyerupai para pendita Kristian. Golongan ini juga tidak akan mendapat kesempurnaan dalam agama dan mengalami kerugian di dunia dan di akhirat.

Kejelekan tidak berkahwin khususnya bagi kaum wanita, adalah lebih banyak berbanding dengan lelaki. Kerana umumnya bagi kaum wanita, pintu syurga lebih banyak bermula dan berada di sekitar rumahtangga, suami dan anak-anak. bagi kaum wanita, untuk mendapat maqam salehah dan menjadi ahli syurga di akhirat adalah amat mudah. Ini adalah berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w.:

“Sekiranya seorang wanita dapat melakukan empat perkara iaitu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga maruah dan taat kepada suami maka masuklah syurga mana-mana yang ia kehendaki.”

Sekiranya seorang wanita itu tidak berkahwin, ia tidak akan dapat mencapai kesempurnaan pada maqam yang keempat. Walau sehebat mana sekalipun ia bersembahyang, berpuasa dan menjaga maruah, wanita yang tidak berkahwin tidak akan mendapat kelebihan pada mentaati suami. Sedangkan kelebihan mentaati suami mengatasi segala-galanya bagi seorang wanita, sehinggakan redha Allah s.w.t. pun bergantung kepada redha suami.

Selain daripada itu di antara kelebihan wanita yang berkahwin bahawa ia akan diberi pahala seperti pahala jihad fisabilillah di kala mengandung. Apabila ia menyusukan anak maka setiap titik air susu akan diberi satu kebajikan. Berjaga malam kerana mengurus anak akan diberi pahala seperti membebaskan 70 orang hamba. Wanita yang berpeluh kerana terkena bahang api ketika memasak untuk keluarganya akan dibebaskan daripada neraka. Bagi wanita yang mencuci pakaian suminya akan diberi 1000 pahala dan diampuni 2000 dosa. Lebih istimewa lagi ialah bagi wanita yang tinggal di rumah kerana mengurus anak-anak akan dapat tinggal bersama-sama Rasulullah s.a.w di syurga kelak.

Bahkan wanita yang rela dijimak oleh suami juga akan mendapat pahala dan lebih hebat lagi bagi wanita yang mati kerana bersalin akan mendapat pahala seperti pahala syahid. Semua kelebihan-kelebihan ini tidak akan dapat diperolehi bagi wanita yang menolak perkahwinan. Malah di dunia akan selalu berada di dalam fitnah dan di akhirat menjadi golongan yang rugi. Oleh itu wanita dianjurkan berkahwin apabila telah menemui pasangan yang sekufu. Yang dimaksudkan sekufu yang utama ialah dari segi iman, walaupun lelaki tersebut telah berkahwin. Sabda Rasulullah s.a.w:

“Apabila datang kepada kamu lelaki yang beragama dan berakhlak maka kahwinlah dia, kalau tidak akan timbul fitnah dan kebinasaan.” Para sahabat bertanya, “Bagaimana kalau ia telah berkahwin?” Jawab Baginda s.a.w, “Kahwinilah juga ia (diulang sebanyak tiga kali).”

Begitulah besarnya pahala bagi wanita yang berkahwin. Tidak perlu bersusah-payah untuk keluar rumah seperti kaum lelaki atau berslogan seperti kebanyakan wanita hari ini. Hanya dengan duduk di rumah sebagai seorang isteri dan ibu sudah memperolehi banyak pahala. Kalau suami redha dengan perlakuan seorang isteri itu maka akan terus masuk syurga tanpa melalui kesukaran. Nikmat ini tidak akan dapat diperolehi oleh wanita yang menolak perkahwinan kerana dia telah menolak untuk menjadi calon wanita salehah yang berada dibawah naungan suami.

————————————————————————————————————————————————————————————

CARA LELAKI MENGUNGKAPKAN CINTA

Bagi lelaki sebenarnya mengatakan tiga perkataan ini merupakan sebuah langkah besar kerana lebih dari sekadar mengekspresikan perasaan.Bagi sesetengah lelaki pula,cinta terasa seperti sebuah komitmen hidup dan bagi sesetengah orang penuh dengan bahaya.Takut penolakan menjadi alasan lelaki enggan mengatakan cinta kerana penolakan bagi sebahagian besar lelaki sangat menyakitkan. Sebahagian besar lelaki perlu merasa aman dalam sebuah hubungan sebelum dia berani mengatakan kata-kata tersebut.Ada lelaki lain mengungkapkan aku cinta padamubererti aku menawarkan sebuah komitmendan bagi banyak lelaki cinta diungkapkan melalui tindakan sehingga kata-kata itu adalah sebuah janji yang harus diikuti.Ketika beberapa lelaki mengatakan aku cinta padamubererti aku tidak akan meninggalkanatauaku akan selalu setia.Ini mungkin ditakuti beberapa lelaki kerana mereka merasakan kata-kata itu sebuah janji yang jika janji itu tidak dipenuhi mereka akan menderita.

Menunjukkan kasih sayang

Kasih sayang boleh mendefinisikan sesuatu dari memegang tangan,mengelus sampai bercinta.Sebenarnya sebahagian besar lelaki boleh dengan mudah mengungkapkan perasaan mereka selama bercinta.Hal ini kerana setelah merasa dekat mereka berasa seolah-olah telah mencintai.Kontak fizikal akan menghancurkan halangan dan memberikan perasaan dekat hingga tidak mudah diperoleh dalam cara lain.Ini boleh menjadi satu masalah yang rumit kerana seks boleh membawa maksud hal berbeza bagi setiap individu.Sebahagian besar memerlukan kasih sayang termasuk seks kerana dengan inilah membuat mereka mencintai .Tetapi beberapa wanita bahkan perlu mendengar kata cinta diucapkan sehingga ketika seorang lelaki terbuka,dan memberikan kasih sayang dengan seorang wanita,inilah cara dia mengungkapkan cinta.Baginya cinta bererti saling bertemu.

Mengenalkan pada keluarga

Cara lain mengungkapkan aku cinta padamuadalah dengan membawa anda ke rumah untuk bertemu keluarga,kerabat dan temannya.ini bererti sebuah petunjuk bahawa lelaki memiliki perasaan lebih dalam terhadap anda.Tidak hanya dia bangga terhadap anda,tetapi dia juga ingin menghubungkan anda dengan orang-orang yang rapat dengannya hingga anda menjadi sebahagian daripada hidupnya.Jika tidak,ini suatu tanda perasaan yang dalam,dan anda perlu menanyakannya.

Memberi tanda sayang

Hadiah boleh merupakan ungkapan sayang oleh lelaki.Ada banyak jenis hadiah berbeza yang seorang lelaki biasa berikan,boleh jadi manisan,bunga, coklat dan catatan khusus.tetapi ada hal lain yang wanita sering kali tidak menyedarinya. bagi beberapa lelaki,memberikan waktu merupakan bentuk hadiah.Ketika seorang lelaki banyak menghabiskan waktu bersama,inilah cara dia mengatakan bahawa dia memilih anda untuk dicintai.

dunia lelaki

————————————————————————————————————————————————————————————

PSIKOLOGI CINTA

Apabila jodoh ditemukan dan kedua pihak telah bersetuju untuk dinikahkan maka sebagai syarat yang penting dalam pernikahan ialah pihak lelaki dikehendaki memberi hadiah atau mahar kepada pihak wanita.
Apabila jodoh ditemukan dan kedua pihak telah bersetuju untuk dinikahkan maka sebagai syarat yang penting dalam pernikahan ialah pihak lelaki dikehendaki memberi hadiah atau mahar kepada pihak wanita. Ini adalah syarat terpenting untuk membuatkan pernikahan itu sah dari hukum syarak. Allah memerintahkan supaya wanita yang akan dikahwini diberi mahar. Allah menyatakan, “Ya Rasul, sesungguhnya kami telah menghalalkan kamu isteri kamu yang telah kamu berikan kepadanya mahar.”Di dalam ayat yang lain Allah menyatakan, Dan untuk wanita kamu, berikanlah mereka mahar sebagai hadiah dan jika dia memberi kepada kamu sebahagian dengan kerelaannya, maka makanlah dengan senang hati dan gembira.” Allah mewajibkan mahar sebagai hadiah untuk wanita yang dikahwini. Mahar adalah sebagai cinta cintanya sudah diterima.Apabila cinta atau kasih yang ditawarkan oleh teruna diterima oleh si dara maka sebagai tanda kesyukuran kepada Allah yang memberikannya isteri maka mahar dibayar. Mahar hanyalah tanda, yang penting wanita itu menerima serta membalas cintanya dan bersedia bersamanya mengharungi lautan hidup. Oleh kerana mahar adalah tanda kegembiraan bagi pihak lelaki, maka ianya hendaklah diberi dengan hati yang penuh ikhlas, tulus, suci dan gembira. Ianya tidak patut diberi sebagai satu bebanan dan tekanan bagi pihak lelaki.Pihak wanita janganlah menganggapnya sebagai satu tuntutan yang patut dibayar oleh pihak lelaki kerana berjaya meminangnya. Pihak wanita tidak patut menganggap mahar sebagai ganti untuk anaknya. Oleh kerana anak wanita kami berpelajaran tinggi, cantik dan mempunyai kedudukan maka bayaran mahar hendaklah tinggi. Mahar dianggap sebagai bayaran atau harga wanita yang dikahwini.

Allah memberitahu mahar adalah hadiah dari pihak lelaki untuk pihak wanita. Mahar hendaklah dibayar oleh pihak lelaki mengikut kemampuannya. Lelaki hendaklah memberinya dengan penuh perasaan kasih dan tanpa tekanan. Pihak wanita tidak patut membuat tuntutan yang membebankan nya. Jika lelaki itu lelaki yang kaya dan berharta maka maharnya adalah mengikut kemampuannya. Jika dia seorang yang berpendapatan rendah maka maharnya mengikut kemampuannya. Tidak ada had atau batas di dalam memberi mahar. Ianya diberi mengikut kemampuan yang memberi. Mahar boleh merupakan sebentuk cincin emas yang bertatahkan berlian atau hanyalah sebentuk cincin suasa.

Mahar boleh merupakan segenggam barli atau kurma dan boleh juga sepasang kasut. Seorang wanita dari Bani Fajarah dikahwinkan dengan mahar sepasang kasut. Nabi Muhammad bertanyakan dia, sama ada dia berpuas hati dengan mahar hanya sepasang kasut. Wanita itu menjawab dia berpuas hati. Maka Nabi Muhammad membenarkan lelaki itu mengahwininya.

Dari hadis di atas, jelas menunjukkan mahar adalah hadiah dari pihak lelaki dan pihak wanita pula bersetuju menerimanya. Mahar adalah lambang ikatan yang dibuat antara dua insan. Ia tidak patut diberatkan. Apabila mahar dibayar mengikut kemampuan pihak lelaki maka perkahwinan menjadi mudah untuk semua orang. Melakukannya apabila jodohnya telah ditemui. Penzinaan, maksiat akan berkurangan kerana peluang untuk berkahwin dipermudahkan untuk semua orang.

Apa yang memberatkan anak muda yang mempunyai nafsu yang tinggi untuk berkahwin ialah maharnya yang tinggi. Bagi melepaskan syahwatnya mereka bercinta dan tidur seperti suami isteri tanpa nikah. Apabila mereka berkahwin, wanita itu sudah tidak ada lagi daranya. Inilah yang berlaku dalam masyarakat yang menyusahkan dan memberatkan pernikahan. Penzinaan menjadi perkara biasa. Lelaki muda pergi berkunjung ke sarang pelacuran untuk memuaskan nafsu. Jangkitan penyakit kelamin seperti AIDS akan merebak seperti api. Masyarakat itu menuju kepada kehancuran.

Kenapa mahar dimahalkan. Ini berlaku kerana masyarakat cintakan kebendaan dan kesucian. Mereka mahu nama dan kemegahan daripada taat kepada perintah Allah. Ini terjadi kerana iman lemah dan cinta dunia bersarang dalam hati. Akhirnya masyarakat yang tidak mengamalkan agama pasti akan dihancurkan, oleh amalan mereka sendiri.

Jikalau kita ingin kebaikan dan keberkatan di dalam perkahwinan, maka mudahkan lah ia. Semakin hampir pernikahan itu seperti pernikahan anaknya Nabi Muhammad iaitu Fatimah, maka semakin berkat lah ia. Perkahwinan Ali dan Fatimah dijalankan dengan sederhana sekali. Ali tidak mempunyai apa-apa pun untuk berkahwin. Dia hanya mempunyai sebuah perisai perang yang dijadikan mahar buat Fatimah.

————————————————————————————————————————————————————————————

PADA SIAPA PATUT LETAK CINTA

Assalamualaikum,

Sebelum saya membicarakan bab pada siapa patut letak cinta ini saya ingin mengambil kesempatan merakamkan rasa dukacita tentang pemahaman bab ‘penderitaan mengundang bahagia’. Jatuh yang tidak ada orang simpati ialah jatuh cinta. Sebab jatuh cinta indah, tidak macam jatuh tangga atau jatuh pokok, sakit. Cinta banyak perkara cinta. Tidak ada siapa pun yang dapat larikan diri daripada mencintai dan dicintai. Kemuncak cinta, ada orang masuk syurga kerana cinta dan tidak kurang ramai orang yang akan dihumbankan ke neraka gara-gara cinta. Cinta yang begaimana boleh bawa seseorang ke syurga dan kenapa ada yang masuk neraka lantaran kerana cinta?

Cinta, rasa yang ada dalam hati yang tidak boleh disukat-sukat. Hati yang merasainya, sehingga boleh terhibur atau terseksa kerananya. Datangnya dari dua sumber yakni dari nafsu dan dari Allah.

Cinta yang diilhamkan oleh nafsu berlaku bila hati kotor, sering melakukan dosa dan tidak pula bertaubat. Sifat-sifat keji seperti sombong, ujub, riak, gila puji, hasad dengki dan lain-lain sifat jahat bersarang dalam hati tidak dikikis, maka ketika itu nafsulah yang akan jadi Tuhan dalam diri sehingga apa saja yang dilakukan mengikut arahan nafsu. Termasuk dalam meletakkan cinta, ukuran yang diberi dan sebab jatuh cinta pun ikut selera nafsu.

Lelaki akan jatuh cinta pada perempuan yang mendedahkan kecantikannya hingga tubuh badan perempuan itu sudah tidak terlindung lagi pada pandangan nafsunya. Cinta diberi ialah untuk mengisi keinginan nafsu seks lelaki kepada perempuan. Begitu juga wanita, jatuh cinta sebab lelaki kaya, handsome bergaya, ada jawatan dan lain-lain keistimewaan yang disenangi oleh nafsu. Lantas cinta diberi dengan harapan mereka dapat tumpang kemewahan dan kesenangan hidup lelaki tersebut. Jelasnya, cinta yang datang dari nafsu ditujukan untuk kesenangan nafsu semata-mata.

Bila bertaut dua cinta yang dilahirkan oleh nafsu yang punya kepentingan masing-masing maka berlangsunglah babak-babak melahirkan rasa cinta. Dari surat menyurat, telefon, ziarah, keluar makan-makan, berdua-duaan di taman bunga, dalam keadaan saling rindu merindukan.. Ketika itu tak ada lain dalam ingatan melainkan orang yang dicintai. Sehari tak jumpa atau tidak telefon rasa berpisah setahun. Sudah tidak malu pada orang sekeliling, apa lagi pada Allah yang Maha Melihat. Lagi mereka tidak ingat dan takut. Lantaran itu mereka sanggup buat apa saja untuk membuktikan kecintaan pada pasangan masing-masing.

Hatta yang perempuan sanggup serah maruah diri konon untuk buktikan cinta pada lelaki. Yang lelaki pula rela bergolok bergadai untuk memberikan kemewahan pada perempuan sebagai bukti cinta. Akhirnya bila yang perempuan telah berbadan dua, lelaki serta merta hilang cintanya. Habis manis sepah dibuang. Kalau pada lelaki pula, ada duit abang sayang, tak ada duit abang melayang. Kalau pada suami pula, isteri seorang suami disayang, bila hidup bermadu kasih pada suami hilang.

Itulah falsafah cinta nafsu yang melulu. Cintanya hanya selagi nafsu ada kepentingan. Cinta inilah yang banyak melanda orang muda yang dilambung asmara. Hingga sanggup buat apa saja, sekalipun bunuh diri, kalau kecewa dalam bercinta. Walhal sedap dan indahnya sekejap. Sakitnya lama, sakit yang paling dahsyat ialah di neraka kelak. Inilah kemuncak cinta yang paling malang dan memalukan.

Cinta nafsu kalau pun boleh bersambung sampai membina rumahtangga ia tetap akan menyeksa. Kerana suami akan cinta pada isteri selagi isteri masih muda, seksi dan manja. Yakni selagi nafsu dapat disenangkan. Bila isteri tua, kulit berkedut, tampal make-up lagi hodoh, rambut putih dan gigi pun sudah banyak gugur seperti opah, badan pun sudah kendur, maka cinta suami akan beralih pada gadis muda yang menarik. Sekaligus hilanglah cinta suami. Menderitalah isteri yang hilang perhatian suami apalagi kalau terang-terang depan mata suami kepit perempuan lain, lagilah isteri terseksa.

Begitu juga si isteri. Cintakan suami selagi suami boleh membahagiakan dan menunaikan segala keinginan nafsu. Selagi suami kasih dan sayang padanya. Andainya suami hilang kuasa, jatuh miskin, masuk penjara atau suami kahwin lagi seorang maka serta merta hilang cinta pada suami. Sebaliknya berbakul-bakul datang rasa benci pada suami yang dulu dipuja tinggi melangit. Begitu mudah cinta bertukar jadi benci. Akibatnya berlakulah pergaduhan, masam muka, kata-mengata, ungkit mengungkit, suami tidak pedulikan isteri dan isteri pun hilang hormat pada suami. Rumahtangga panas dan menunggu saat untuk ditalqinkan ke kubur perceraian. Ketika itu tak ada lagi pujuk rayu, cumbu mesra sebagaimana waktu cinta tengah membara. Maka doktor yang menulis pun dituduh merendahkan wanita, jangan marah tahu.
Itulah gara-gara cinta nafsu yang sudah menyusahkan manusia di dunia lagi.

Sebaliknya cinta yang dialirkan oleh Allah ke dalam hati, itulah cinta yang benar, suci lagi murni. Cinta yang bukan diukur ikut pandangan mata, tapi ikut pandangan Allah. Ia bersebab kerana Allah dan cinta diberi pun untuk dapat keredhaan Allah. Cinta begini tiada batasannya. Tidak pula kenal jantina dan kedudukan. Dan cinta lahir hasil dari sama-sama cinta pada Allah.

Boleh berlaku pada lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan, lelaki dengan perempuan, antara murid dengan guru, suami dengan isteri, sahabat dengan sahabat, rakyat dengan pemimpin, antara umat dengan Nabinya dan yang paling tinggi antara hamba dengan Tuhannya.

Kalau berlaku antara lelaki dengan perempuan yang tidak diikat oleh tali perkahwinan, mereka tak akan memerlukan untuk berjumpa, bercakap atau melakukan apa saja yang bertentangan dengan kemahuan Allah. Cinta mereka tidak akan dicelahi oleh nafsu berahi. Sebaliknya cinta itu ialah tautan hati yang berlaku walaupun tak pernah jumpa atau baru kenal tapi hati rasa sayang dan rindu. Hati sedih kalau orang yang dicintai ditimpa susah, senang kalau yang dicinta itu senang. Sanggup susah-susahkan dan korbankan diri untuk senangkan orang yang dicintai.

Cinta yang begini ada diceritakan dalam hadis, iaitu seorang lelaki yang bertemu dan berpisah dengan sahabatnya kerana Allah maka mereka akan mendapat perlindungan arasy Allah di padang mahsyar nanti, hari di amana masing-masing orang mengharap sangat lindungan dari matahari yang sejengkal saja dari kepala.

Kalau berlaku antara suami isteri maka isteri akan letak seluruh ketaatan pada suami, berkhidmat dan melayan suami tanpa jemu-jemu. Sama ada waktu suami tunjukkan sayang atau masa suami marah-marah. Sama ada suami kaya atau miskin, atau suami kahwin lagi, cinta isteri pada suami tidak belah bagi. Salah satu contohnya penderitaan mengundang bahagia. Kerana cintanya pada suami datangnya dari Allah hasil dari ketaqwaan isteri. Datanglah ribut taufan, angin putting beliung melanda rumah tangga, isteri tetap memberikan cintanya yang utuh dan teguh.

Begitu juga suami, cinta pada isteri tidak kira isteri itu muda atau tua. Samada pada hatinya. Selagi isteri taat pada Allah, isteri tetap dikasihinya. Kalau dia ada empat isteri, tentulah isteri-isteri akan tertanya-tanya, pada isteri manakah yang suami paling cinta? Kalau cinta itu bersumber dari Allah, tentu isteri yang paling taqwalah yang paling layak dicintai oleh suami lebih dari isteri-isteri lain.

Sumber cinta yang datang dari Allah akan meletakkan Allah yang paling tinggi dan utama. Bila berlaku pertembungan antara cinta Allah dengan cinta pada makhluk maka cinta Allah dimenangkan. Misalnya seorang isteri yang cinta suaminya. Tiba-tiba suami larang isteri melakukan ketaatan pada Allah dalam hal tutup aurat, walhal tutup aurat itu Allah tuntut. Maka kecintaan pada Allah itu akan mendorongnya untuk laksanakan perintah-Nya walaupun suami tidak suka ataupun terpaksa kehilangan suami. Sanggup dilakukan sebagai pengorbanan cintanya pada Allah. Sebaliknya kalau dia turut kemahuan suami ertinya kata cinta pada Allah hanya pura-pura, cintanya bukan lagi bersumberkan Allah tapi datang dari nafsu.

Cinta yang datang dari Allah menyebabkan seseorang cukup takut untuk melanggar perintah Allah yang kecil, apalagi yang besar, lagi dia gerun. Seorang yang sudah dapat mencintai Allah, cinta yang lain-lain jadi kecil dan rendah padanya.
Sejarah menceritakan kisah cinta Zulaikha terhadap Nabi Yusuf. Sewaktu Zulaikha dibelenggu oleh cinta nafsu yang berkobar-kobar pada Nabi Yusuf, dia sanggup hendak menduakan suaminya, seorang menteri. Bila Nabi Yusuf menolak keinginannya, ditariknya baju Nabi Yusuf hingga terkoyak. Akibat dari peristiwa itu Nabi Yusuf masuk penjara. Tinggallah Zulaikha memendam rindu cintanya kepada Yusuf.

Penderitaan cinta yang ditanggung oleh Zulaikha menyebabkan dia bertukar dari seorang perempuan cantik menjadi perempuan tua yang hodoh. Matanya buta kerana banyak menangis terkenangkan Yusuf, hartanya habis dibahagi-bahagikan kerana Yusuf. Sehingga datanglah belas kasihan dari Allah terhadapnya. Lalu Allah mewahyukan agar Nabi Yusuf mengahwini Zulaikha setelah Allah kembalikan penglihatan, kemudaan dan kecantikannya seperti di zaman gadisnya. Peliknya, bila Zulaikha mengenal Allah, datanglah cintanya pada Allah sehingga masanya dihabiskan untuk bermunajat dengan Allah dalam sembahyang dan zikir wirid sehingga terlupa dia hendak melayan kemahuan suaminya Yusuf yang berhajat kepadanya. terpaksa Nabi Yusuf menunggu Zulaikha menghabiskan sembahyangnya, hingga hampir hilang kesabaran Nabi Yusuf lantas ditariknya baju Zulaikha sehingga koyak; sebagaimana Zulaikha pernah menarik baju Nabi Yusuf seketika dulu.

Begitulah betapa cinta yang dulunya datang dari nafsu dapat dipadamkan bila dia kenal dan cinta pada Allah. Cinta Allah ialah taraf cinta yang tinggi. Kemuncak cinta ini ialah pertemuan yang indah dan penuh rindu di syurga yang dipenuhi dengan kenikmatan.

Cinta pada Allah akan lahir bagi orang sudah cukup kenal akan Allah. Kerana cinta lahir bersebab. Kalau wanita cinta pada lelaki kerana kayanya, baiknya, tampan dan sebagainya dan lelaki cinta wanita kerana cantik, baik, lemah lembut dan sebagainya maka bagi mereka yang berakal akan rasa lebih patut dicurahkan rasa cinta pada Allah kerana segala kenikmatan itu datangnya dari Allah.

Ibu bapa, suami, isteri, sahabat handai dan siapa saja yang mengasihi dan mencintai kita, hakikatnya itu semuanya datang dari Allah. Kebaikan, kemewahan dan kecintaan yang diberikan itupun atas rahmat dan kasihan belas Allah pada kita. Sehingga Allah izinkan makhluknya yang lainnya cinta pada kita. Walhal Allah boleh bila-bila masa menarik balik rasa itu dari hati orang-orang tadi kalau Allah mahu.

Allah yang menciptakan kita makhluk-Nya, kemudian diberinya kita berbagai-bagai nikmat seperti sihat, gembira, dan macam-macam lagi. Samada masa kita ingat pada-Nya ataupun masa kita lalai, tetap diberi-Nya nikmat-nikmat itu. Begitulah, kebaikan Allah pada kita terlalu banyak sebagaimana firman-Nya: yang bermaksud:

Kalau kamu hendak menghitung nikmat-nikmat Allah, nescaya kamu tak terhitung.

Besar sungguh jasa Allah dari menciptakan, menghidupkan dan memberi rezeki, suami, isteri, rumah dan macam-macam lagi yang dengannya kita boleh lalui kehidupan dengan aman bahagia. Alangkah biadapnya kita kalau segala pemberian Allah itu kita ambil tapi lupa untuk ucapkan terima kasih, lupa pada yang memberi. Walhal, Allah boleh saja menyusah dan menyenangkan kita dengan kehendaknya.

Oleh itu orang yang betul kenal dan beradab, dia malu pada Allah. malah kerana malunya itu dia tidak nampak yang lain lebih hebat dari Allah. Cintanya tertumpu pada Allah, dan penyerahan diri pada Allah sungguh-sungguh. Setiap saat menanggung rindu lalu masanya dihabiskan untuk berbisik-bisik dengan kekasihnya. Sehingga kerana terlalu mendalam cinta pada Tuhan ada hamba Allah yang berkata, Wahai Tuhan, aku mencintai Engkau bukan kerana takutkan neraka-Mu. tapi kerana Zat-Mu, ya Allah. Aku rela masuk neraka kalau itulah kemahuan-Mu.

Itulah rintihan hati seorang wali perempuan Rabiatul Adawiyah dalam munajatnya dengan Allah. Dia menyatakan dua cinta tidak boleh duduk dalam satu hati. Bila cinta Allah sudah penuh dalam hatinya, maka tidak ada tempat lagi untuk cinta selain dari itu.

Ada orang mangatakan: Jika kau berikan hatimu ataupun cintamu pada manusia nescaya dia akan merobek-robekkannya . Tapi kalau hati yang pecah itu diberikan kepada Allah nescaya dicantum-cantumkan- Nya. Ertinya cinta dengan Allah pasti berbalas. Dan Allah tidak membiarkan orang yang dicintai-Nya menderita di akhirat.

Jadi seorang yang bijak dan beradab akan meletakkan kecintaan yang besar pada Allah, pada Rasulullah dan barulah pada makhluk-makhluk lain di samping-Nya. Itulah perletakan cinta yang betul dan menguntungkan di dunia dan juga di akhirat. Itulah dia cinta kita pada Allah swt yang patut kita letakkan.

————————————————————————————————————————————————————————————

PSIKOLOGI CINTA

Apabila jodoh ditemukan dan kedua pihak telah bersetuju untuk dinikahkan maka sebagai syarat yang penting dalam pernikahan ialah pihak lelaki dikehendaki memberi hadiah atau mahar kepada pihak wanita. Ini adalah syarat terpenting untuk membuatkan pernikahan itu sah dari hukum syarak. Allah memerintahkan supaya wanita yang akan dikahwini diberi mahar. Allah menyatakan, “Ya Rasul, sesungguhnya kami telah menghalalkan kamu isteri kamu yang telah kamu berikan kepadanya mahar.”

Di dalam ayat yang lain Allah menyatakan, Dan untuk wanita kamu, berikanlah mereka mahar sebagai hadiah dan jika dia memberi kepada kamu sebahagian dengan kerelaannya, maka makanlah dengan senang hati dan gembira.” Allah mewajibkan mahar sebagai hadiah untuk wanita yang dikahwini. Mahar adalah sebagai cinta cintanya sudah diterima.

Apabila cinta atau kasih yang ditawarkan oleh teruna diterima oleh si dara maka sebagai tanda kesyukuran kepada Allah yang memberikannya isteri maka mahar dibayar. Mahar hanyalah tanda, yang penting wanita itu menerima serta membalas cintanya dan bersedia bersamanya mengharungi lautan hidup. Oleh kerana mahar adalah tanda kegembiraan bagi pihak lelaki, maka ianya hendaklah diberi dengan hati yang penuh ikhlas, tulus, suci dan gembira. Ianya tidak patut diberi sebagai satu bebanan dan tekanan bagi pihak lelaki.

Pihak wanita janganlah menganggapnya sebagai satu tuntutan yang patut dibayar oleh pihak lelaki kerana berjaya meminangnya. Pihak wanita tidak patut menganggap mahar sebagai ganti untuk anaknya. Oleh kerana anak wanita kami berpelajaran tinggi, cantik dan mempunyai kedudukan maka bayaran mahar hendaklah tinggi. Mahar dianggap sebagai bayaran atau harga wanita yang dikahwini.

Allah memberitahu mahar adalah hadiah dari pihak lelaki untuk pihak wanita. Mahar hendaklah dibayar oleh pihak lelaki mengikut kemampuannya. Lelaki hendaklah memberinya dengan penuh perasaan kasih dan tanpa tekanan. Pihak wanita tidak patut membuat tuntutan yang membebankan nya. Jika lelaki itu lelaki yang kaya dan berharta maka maharnya adalah mengikut kemampuannya. Jika dia seorang yang berpendapatan rendah maka maharnya mengikut kemampuannya. Tidak ada had atau batas di dalam memberi mahar. Ianya diberi mengikut kemampuan yang memberi. Mahar boleh merupakan sebentuk cincin emas yang bertatahkan berlian atau hanyalah sebentuk cincin suasa.

Mahar boleh merupakan segenggam barli atau kurma dan boleh juga sepasang kasut. Seorang wanita dari Bani Fajarah dikahwinkan dengan mahar sepasang kasut. Nabi Muhammad bertanyakan dia, sama ada dia berpuas hati dengan mahar hanya sepasang kasut. Wanita itu menjawab dia berpuas hati. Maka Nabi Muhammad membenarkan lelaki itu mengahwininya.

Dari hadis di atas, jelas menunjukkan mahar adalah hadiah dari pihak lelaki dan pihak wanita pula bersetuju menerimanya. Mahar adalah lambang ikatan yang dibuat antara dua insan. Ia tidak patut diberatkan. Apabila mahar dibayar mengikut kemampuan pihak lelaki maka perkahwinan menjadi mudah untuk semua orang. Melakukannya apabila jodohnya telah ditemui. Penzinaan, maksiat akan berkurangan kerana peluang untuk berkahwin dipermudahkan untuk semua orang.

Apa yang memberatkan anak muda yang mempunyai nafsu yang tinggi untuk berkahwin ialah maharnya yang tinggi. Bagi melepaskan syahwatnya mereka bercinta dan tidur seperti suami isteri tanpa nikah. Apabila mereka berkahwin, wanita itu sudah tidak ada lagi daranya. Inilah yang berlaku dalam masyarakat yang menyusahkan dan memberatkan pernikahan. Penzinaan menjadi perkara biasa. Lelaki muda pergi berkunjung ke sarang pelacuran untuk memuaskan nafsu. Jangkitan penyakit kelamin seperti AIDS akan merebak seperti api. Masyarakat itu menuju kepada kehancuran.

Kenapa mahar dimahalkan. Ini berlaku kerana masyarakat cintakan kebendaan dan kesucian. Mereka mahu nama dan kemegahan daripada taat kepada perintah Allah. Ini terjadi kerana iman lemah dan cinta dunia bersarang dalam hati. Akhirnya masyarakat yang tidak mengamalkan agama pasti akan dihancurkan, oleh amalan mereka sendiri.

Jikalau kita ingin kebaikan dan keberkatan di dalam perkahwinan, maka mudahkan lah ia. Semakin hampir pernikahan itu seperti pernikahan anaknya Nabi Muhammad iaitu Fatimah, maka semakin berkat lah ia. Perkahwinan Ali dan Fatimah dijalankan dengan sederhana sekali. Ali tidak mempunyai apa-apa pun untuk berkahwin. Dia hanya mempunyai sebuah perisai perang yang dijadikan mahar buat Fatimah.
Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com

————————————————————————————————————————————————————————————

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: